“Saya Tak Sangka Boleh Teroka Bidang Pengacaraan” – Naim Daniel Akui Seronok Jadi Hos

Hiburan

“Saya Tak Sangka Boleh Teroka Bidang Pengacaraan” – Naim Daniel Akui Seronok Jadi Hos

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel kini memberanikan diri mencuba sesuatu yang baharu, ingin mengembangkan bakat dalam bidang pengacaraan pula.

naim daniel
3 years ago

"Okey Tak Pakai 'Mask', Asal Kaya" - Naim Daniel Perli Golongan Bersifat Dua Darjat

Advertisement

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin yang diberi tanggungjawab mengendalikan program realiti, Suara Viral 2.0, teruja memikul tugas buat kali pertama.

Naim, 24, berkata ini penampilan pertamanya sebagai hos program besar. Sebelum ini, dia tidak pernah diberi tawaran secara rasmi dan  menganggap ini peluang yang sangat baik untuk dia teroka bidang baharu.

Bekerja dengan Danial Zaini susah kalau tak ketawa. Dia sangat ceria. Saya sangat senang bekerjasama dengan orang yang ceria seperti dirinya.

Pelakon drama Wadi itu mengakui seronok mengacarakan program bersama Danial Zaini kerana selesa berganding dengan pelawak itu, apatah lagi mereka dapat mewujudkan suasana santai.

Naim Daniel

Tambah Naim, dia agak kekok pada minggu pertama tugasan. Namun, selepas beberapa lama, dia mula selesa dengan orang dan suasana di set, barulah selepas itu dia ada keyakinan untuk tidak menggunakan ‘cue card‘.

Saya selalu berfikir untuk bekerja dalam industri seni ini, saya percaya, seni tidak hanya satu perkara. Selagi kita mampu untuk teroka dan ‘lapar’ untuk membuat lebih banyak perkara lagi, kita hanya perlu buat saja.

Naim berkongsi pengalaman dan kepercayaan yang diberi penerbit dianggap peluang terbaik untuk dirinya meneroka bidang baharu.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...