Kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, sebuah pesawat kecil dipercayai telah terhempas di sebuah kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Klang.
Sedang kumpul maklumat
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmu mengesahkan kejadian itu dan pihaknya bakal membuat kenyataan.
Ada, kita sedang kumpulkan maklumat dan nanti kami akan keluarkan kenyataan rasmi.
Saksi dakwa ia terhempas di udara
Video serta gambar-gambar di lokasi kejadian kini tersebar di media sosial mempamerkan bangkai pesawat itu yang terhempas di sebuah kawasan kebun.
Penduduk setempat dilihat sudah mengerumuni lokasi tersebut dan menurut saksi, pesawat itu berkecai di udara sebelum ia jatuh terhempas.