Society Of The Snow: Kisah ‘Survivor’ Pesawat Terhempas Terpaksa Makan Daging Manusia, Hampir 3 Bulan Bertahan Di Pergunungan Salji

Hiburan

Society Of The Snow: Kisah ‘Survivor’ Pesawat Terhempas Terpaksa Makan Daging Manusia, Hampir 3 Bulan Bertahan Di Pergunungan Salji

Bagi peminat dokumentari tragedi yang diadaptasikan daripada kisah benar, pasti korang tahu tentang cerita terbaru ini yang diberi tajuk ‘Society Of The Snow’.

Dokumentari ini menduduki tangga teratas baru-baru ini dalam senarai Top 10 di Netflix Malaysia sebaik sahaja ia mula ditayangkan awal Januari 2024.

Advertisement

andes crash

 

Kisah benar berlaku pada 1972

Berdurasi 2 jam 25 minit, ia mengisarkan tentang insiden kapal terbang terhempas di pergunungan Andes pada 13 Oktober ketika dalam perjalanan ke Santiago, Chile dari Montevideo, Uruguay.

Seramai 40 penumpang dan 5 kru berada di dalam Uruguayan Air Force Flight 571 itu yang terdiri daripada ahli kelab sukan ragbi, rakan-rakan dan ahli keluarga mereka.

andes crash

andes crash

Gambar terakhir di dalam pesawat sebelum tragedi

 

Tersalah ‘target’ landasan untuk mendarat

Terdapat beberapa versi tentang bagaimana dan mengapa pesawat itu boleh terhempas namun salah satunya adalah kerana juruterbang dan pembantunya tersalah sasar posisi untuk mendarat.

Berdasarkan artikel NatGeo, selepas pesawat itu keluar dari awan tebal ia bukan semakin hampir dengan landasan sebaliknya terlanggar satu kawasan tinggi di pergunungan itu.

Pelanggaran tersebut menyebabkan bahagian badan hingga ke ekor pesawat itu hancur berkecai membuatkan mereka yang duduk di kerusi belakang maut serta merta.

andes crash

 

Dikelilingi gunung yang tinggi, salji yang sangat tebal

Ketika kejadian, pergunungan itu dilitupi salji yang sangat tebal dan 33 individu yang terselamat terpaksa mengharungi cabaran menahan kesejukan sehingga ke tulang rusuk.

Dokumentari tersebut menunjukkan babak babak di mana mereka cuba meneruskan hidup selepas terhempas tanpa bekalan air atau makanan mahu pun bantuan perubatan.

 

Terpaksa makan daging manusia, hadapi ribut salji

Kerana keadaan yang darurat, mereka terpaksa membuat keputusan untuk memakan daging manusia iaitu rakan dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia untuk teruskan hidup.

Air pula, ditadah daripada salji tebal yang mencair pada siang hari dan bukan itu sahaja, mereka juga berdepan dengan ribut salji beberapa kali sepanjang terkandas di sana.

Lebih menyedihkan, pencarian pesawat dan mangsa terselamat ditamatkan selepas menemui jalan buntu (kerana sukar untuk nampak disebabkan faktor cuaca serta kawasan yang sangat luas). Dorang nampak sebesar semut je dari udara..

andes crash

andes crash

 

Rentas pergunungan sampai ke Chile untuk dapatkan bantuan

10 hari berlalu, seramai enam orang individu pula meninggal dunia dan mereka yang lain masih perlu meneruskan hidup dan mencari jalan untuk selamatkan diri.

Sehinggalah, pada 12 Disember, ekspidisi yang pada awalnya dimulakan oleh 3 individu bertukar menjadi 2 individu (atas tujuan peluang lebih baik untuk berjaya) merentas pergunungan sehingga terjumpa seorang warga Chile bernama Sergio.

andes crash

Bermula detik itulah, nasib mereka berubah apabila pihak berkuasa dimaklumkan tentang mangsa-mangsa yang terselamat yang pada awalnya seramai 33 orang, berkurang menjadi 14 orang.

Akhirnya, selepas 72 hari terkandas dan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran di pergunungan Andes, mereka diselamatkan dan menerima rawatan.

andes crash

Kalau anda belum tonton, jangan lupa ke Netflix dan lihat sendiri bagaimana mereka melalui setiap rintangan untuk pastikan kekal hidup.

Paling rasa goosebumps apabila mereka membuat keputusan untuk memotong dan siat daging manusia untuk makan, sehingga ada yang hanya tinggal tulang rusuk je!

Tengoklah gambar original ni, kalau perhatikan betul-betul di sebelah lelaki paling kanan dalam gambar ini adalah tulang rusuk milik salah seorang mangsa yang dah mati.

andes crash

curry and cyanide: the jolly joseph case
4 months ago

Dokumentari 'Curry And Cyanide': The Jolly Joseph Case. Nampak Baik & Suci, Wanita Bergelar Ibu Rupanya 'Bertopengkan Syaitan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NatGeo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...