Dokumentari ‘Curry And Cyanide’: The Jolly Joseph Case. Nampak Baik & Suci, Wanita Bergelar Ibu Rupanya ‘Bertopengkan Syaitan’

trivianara

Dokumentari ‘Curry And Cyanide’: The Jolly Joseph Case. Nampak Baik & Suci, Wanita Bergelar Ibu Rupanya ‘Bertopengkan Syaitan’

Seorang wanita biasa yang dilahirkan dalam keluarga petani dan mengajar di sebuah kolej terkemuka sebagai pensyarah. Namun, dirinya terpaksa melalui pelbagai dugaan seperti kehilangan kedua-dua mentuanya, lalu mengambil tugas rumah tangga.

Bahkan mempunyai dua orang anak kecil yang comel tetapi kenapa kemudiannya dia mengahwini lelaki lain. Tapi kenapa?

Advertisement

Plot twist! Rupa-rupanya wanita yang dianggap ‘normal’ itu adalah pembunuh dan sudah membunuh enam orang ahli keluarganya, termasuklah bayi yang baru berusia dua tahun. Bukan itu saja, malah sijil kelayakan pendidikannya juga palsu. Inilah kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di Kerala, Koodathayi. Dokumentari Curry And Cyanide: The Jolly Joseph Case yang kini ditayangkan di Netflix menceritakan kisah yang amat mengerikan. Berbaloi ke nak tonton? Jom selidik sama-sama!

Pelbagai emosi sepanjang 1 jam 35 minit

curry and cyanide: the jolly joseph case

Jalan cerita yang sangat menarik ini membuatkan korang akan tonton daripada mula hingga ke akhir cerita, malah akan menghantui semasa menontonnya dan juga selepas tayangan tamat. Dokumentari Curry And Cyanide: The Jolly Joseph Case yang berdurasi 1 jam 35 minit ini juga akan membuat korang banyak berfikir seperti apakah motif wanita bernama Jolly Joseph dan bagaimana dia boleh berjaya membuat perbuatan kejam itu tanpa pengetahuan orang sekeliling?

Tidak ada satu detik yang membosankan

curry 3

Bagi seseorang yang gemar menonton dokumentari-dokumentari pembunuhan kejam, Curry And Cyanide: The Jolly Joseph Case ini merupakan salah satu dokumentari yang tidak ada satu saat pun yang membosankan. Direktor Christo Tomy berjaya membuat penonton duduk dan tonton kisah ini hingga ke detik akhir.

Kekurangan Curry And Cyanide: The Jolly Joseph Case

curry 4

Biarpun dokumentari ini berjaya menambat hati, tetapi sudah pasti ada kekurangannya. Tidaklah terlalu besar, tetapi jika pihak produksi menemu bual pembunuh Jolly Joseph berkenaan kes ini, pasti dokumentari ini akan lebih gempak! Perspektif suami keduanya, Shaju serta rakan kongsi yang lain juga tidak dapat didengari. Bagaimanapun, mungkin disebabkan kes pembunuhan ini masih berlanjutan dalam mahkamah, hal itu tidak mungkin akan berlaku.

Pemilihan muzik yang sangat sesuai

curry and cyanide: the jolly joseph case

Boleh dikatakan muzik yang diguna memang sangat sesuai sepanjang dokumentari Curry And Cyanide: The Jolly Joseph Case ini berlangsung. Ia membuat penonton lebih menghayati serta dapat merasakan ketegangan berlaku sedikit demi sedikit.

Dokumentari pembunuhan ini sememangnya boleh masuk dalam checklist dokumentari yang perlu ditonton untuk penggemar kisah-kisah pembunuhan kejam.

Kalau korang dah tengok, jangan lupa kongsi pandangan atau pendapat di ruangan komen ok!

House Of Secrets: The Burari Deaths
3 years ago

Pembunuhan Atau Sebaliknya? Dokumentari 'The Burari Deaths' Cetus Fenomena Di Netflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Netflix

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...