[Terkini] Inspektor Sheila Ditahan Kerja Oleh Bukit Aman Hari Ini, Sebelum Ini Nafi Digantung Tugas

Berita

[Terkini] Inspektor Sheila Ditahan Kerja Oleh Bukit Aman Hari Ini, Sebelum Ini Nafi Digantung Tugas

Pegawai polis yang menjadi bahan bualan warga maya di media sosial, Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar telah dikenakan tindakan perintah tahan kerja.

Memetik Free Malaysia Today, arahan itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Azri Ahmad.

Advertisement

Tindakan tatatertib itu difahamkan diambil selepas wanita itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan jenayah iaitu dua mengikut Sesyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun sama.

Sehubungan itu, segala kuasa, hak dan keistimewaan sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan pihak berkuasa tatatertib.

Sharon sebelum ini telah mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 7 Ogos untuk sebutan semula kes.

@utusantvofficial

Replying to @nirwanbinmuis . Part last dia ucap terima kasih dan lemparkan senyuman manis menawan ?. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #inspektorshiela

? original sound – UtusanTV – UtusanTV

Dia didakwa atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang pemuda serta tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas.

polis
2 years ago

"Kenapa Perlu Gari Saya?" - 7 Tahun Berkhidmat, Inspektor Sheila Dakwa Ada Pihak Nak Sabotaj?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...