“Kenapa Perlu Gari Saya?” – 7 Tahun Berkhidmat, Inspektor Sheila Dakwa Ada Pihak Nak Sabotaj?

Trending

“Kenapa Perlu Gari Saya?” – 7 Tahun Berkhidmat, Inspektor Sheila Dakwa Ada Pihak Nak Sabotaj?

Seorang pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila telah menjadi perbualan hangat netizen  selepas beberapa video memaparkan dirinya tular di media sosial

Terkini, Inspektor Sheila atau nama penuhnya, Sheila Sharon a/p Steven Kumar telah hadir ke Mahkamah Majistret Selayang bagi tujuan menjalani prosiding atas tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Advertisement

Bagaimanapun, pegawai polis berusia 34 tahun itu mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Dalam pada itu, Inspektor Sheila telah mempertikaikan tindakan anggota yang membuat penahanan terhadap dirinya.

Malah, pegawai polis itu mempersoalkan penggunaan gari yang menyebabkan kesan pada pergelangan tangannya walaupun dia telah hadir ke Mahkamah mengikut protokol yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, pegawai polis berkenaan turut mendakwa terdapat pihak yang berniat untuk mencalarkan maruahnya memandangkan dia sudah berkhidmat selama 7 tahun.

Saya pegawai polis, kenapa perlu digari. Adakah anda berniat untuk sabotaj saya?

@utusantvofficial

Replying to @nirwanbinmuis . Part last dia ucap terima kasih dan lemparkan senyuman manis menawan ?. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #inspektorshiela

? original sound – UtusanTV – UtusanTV

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sheila mahkamah
11 months ago

Berdepan Tiga Pertuduhan, Riak Wajah Inspektor Sheila Di Mahkamah Raih Perhatian - "Muka Tetap Angkuh"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...