Berdepan Tiga Pertuduhan, Riak Wajah Inspektor Sheila Di Mahkamah Raih Perhatian – “Muka Tetap Angkuh”

Trending

Berdepan Tiga Pertuduhan, Riak Wajah Inspektor Sheila Di Mahkamah Raih Perhatian – “Muka Tetap Angkuh”

Hari ini merupakan hari di mana pegawai polis wanita yang tular baru-baru ini, Inspektor Sheila akan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang.

Tiba di mahkamah jam 8.55 pagi tadi bersama peguamnya, pegawai tersebut yang memakai sut berwarna hitam sempat membalas ‘good morning’ kepada pihak media.

Advertisement

Menerusi video di Twitter, Inspektor Sheila atau nama penuhnya, Sheila Sharon a/p Steven Kumar dilihat tersenyum lebar dan gayanya itu meraih perhatian warganet.

Beberapa netizen berrkata riak wajahnya menampakkan dirinya sungguh riak dan seperti tiada rasa menyesal dengan apa yang dah berlaku.

Muka masih nampak angkuh. Tak ada perasaan menyesal langsung.”

Difahakamkan, Sheila dijangka menghadapi tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan dan orang awam.

Dia yang diwakili peguam M Manoharan dan M Hariharan itu berdepan tiga pertuduhan iaitu satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) dan dua tuduhan mengikut Seksyen 509 kanun sama kerana perbuatan mengaibkan.

Jika sabit kesalahan, tuduhan ugutan, Sheila boleh dikenakan  hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali

Manakala bagi kesalahan mengaibkan pula, ia memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

inspektor sheila
11 months ago

Tular Beberapa Video, Inspektor Sheila Dah Digantung Tugas! Ada Lapan Kertas Siasatan Dibuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...