[TERKINI] Bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

Berita

[TERKINI] Bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita duka itu turut disahkan Timbala Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof kepada Astro Awani sebentar tadi.

Advertisement

Sekarang jenazah akan dimandikan dan Insya-Allah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghornatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib akan disempurnakan serta disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertama, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

Allahyarham merupakan figura politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam Kabinet Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aman palestin
2 months ago

Disiasat 164 Kes, Dakwa Seleweng Dana RM85 Juta, CEO Dan 3 Individu Aman Palestin Didakwa Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...