Disiasat 164 Kes, Dakwa Seleweng Dana RM85 Juta, CEO Dan 3 Individu Aman Palestin Didakwa Hari Ini

Berita

Disiasat 164 Kes, Dakwa Seleweng Dana RM85 Juta, CEO Dan 3 Individu Aman Palestin Didakwa Hari Ini

Memetik Berita Harian Online, pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari ini.

CEO Aman Palestin dan 3 individu didakwa di mahkamah

Pertuduhan itu dibuat agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat tersebut kira-kira jam 9 tadi.

Advertisement

Sebelum ini, syarikat badan bukan kerajaan itu memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM berkenaan tindakan mereka membekukan akaun pertubuhan tersebut bagi tujuan siasatan penyelewangan wang (AMLA).

SPRM pada November tahun lalu telah membekukan 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Menyalahgunakan dana sumbangan awam

Tindakan itu dilakukan setelah ada pihak menggesa siasatan lanjut dikenakan terhadap Aman Palestin kerana menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Pelaburan meragukan turut dibuat agensi itu yang menggunakan dana sumbangan orang ramai.

Aman Palestin juga didakwa membeli jongkong emas dan memberitahu agensi SPRM bahawa ia adalah salah satu kaedah untuk menghantar bantuan kepada Palestin – Berita Harian Online

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Taib Mahmud diculik
3 months ago

Wujud Cubaan Culik Taib Mahmud Dari Hospital Oleh Ahli Keluarga, Polis Sahkan Ada Terima Laporan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...