Wujud Cubaan Culik Taib Mahmud Dari Hospital Oleh Ahli Keluarga, Polis Sahkan Ada Terima Laporan

Berita

Wujud Cubaan Culik Taib Mahmud Dari Hospital Oleh Ahli Keluarga, Polis Sahkan Ada Terima Laporan

Memetik Malaysiakini, polis mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.

Meninjau laporan polis yang dilaporkan pada hari Ahad lalu, Taib difahamkan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching.

Advertisement

Dalam laporan tersebut, seorang ahli keluarga Taib hadir ke hospital pada malam Sabtu dan telah mencabut serta mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Taib MahmudSumber : Reddit  

Taib kemudiannya dibawa di atas kerusi roda dan diusung keluar dari hospital sebelum dibawa menaiki sebauh kenderaan.

Laporan polis kedua oleh ahli keluarga Taib yang lain dilaporkan telah dibuat pada Ahad berdasarkan laporan pertama.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata menerusi satu kenyataan memaklumkan kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iatu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” – Malaysiakini

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Najib
3 months ago

[TERKINI] Najib Razak Dibebaskan 23 Ogos 2028, Denda Dikurangkan RM50 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...