“Terkilan Dengan Laporan Palsu” – Diikat Ketika Ambil Darah, Bapa Dedah Kecuaian Doktor Punca Kematian Dea Maisarah

Kehidupan

“Terkilan Dengan Laporan Palsu” – Diikat Ketika Ambil Darah, Bapa Dedah Kecuaian Doktor Punca Kematian Dea Maisarah

Baru-baru ini, perkongsian mengenai kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama Dea Maisarah yang meninggal selepas ambil darah sambil kaki dan tangan diikat telah menarik perhatian.

Melalui pendedahan yang dibuat sendiri oleh si bapa, sewaktu arwah masih dalam keadaan sedar, dia meronta-ronta kerana enggan darah diambil sedangkan itu bukanlah keutamaan dan ia boleh diambil selepas arwah ‘warded’.

Advertisement

Bapa dea maisarah

Tetapi doktor serta jururawat yang lain tetap berkeras mahu melakukannya dan mengakibatkan jantung kanak-kanak tersebut berhenti.

Disebabkan kematian Dea Maisarah ini berlaku kerana kecuaian seorang doktor, pihak hospital membuat laporan palsu bahawa arwah telah pun meninggal dunia sewaktu di bawa ke hospital.

Bapa dea maisarah

 

Sedar laporan palsu dibuat pihak hospital, bapa kepada Dea Maisarah cuba membuat laporan baru dengan pihak polis, namun seakan-akan tidak dilayan dan si bapa turut merasakan dua pihak ini bersekongkol untuk menutup kejadian sebenar.

Kebanyakkan netizen yang menonton video pendedahan tersebut sememangnya berasa marah dan minta orang ramai bantu bapa arwah untuk mendapat keadilan.

madrasah darussolihin
1 year ago

Tiada Kecederaan Di Badan Mangsa, Pengadu Kes Madrasah Darussolihin Didakwa Buat Laporan Palsu

 Kecederaan Di Badan Mangsa, Pengadu Kes Madrasah Darussolihin Didakwa Buat Laporan Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...