Sebelum ini kecoh tentang inai milik selebriti terkenal, Neelofa yang dikritik oleh segelintir pengguna kerana warnanya yang seakan-akan seperti ‘lebam’ atau ‘tersepit pintu’.
Walau bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana ada yang berpendapat bahawa warna inai berkenaan sama seperti inai-inai lain.
Begitulah yang dirasakan oleh pelakon, Izreen Azminda yang mempertahankan produk selebriti terkenal itu ketika membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.
Menerusi video, Izreen berkata bahawa warna produk inai Neelofa adalah normal dan tidak kelihatan seperti ‘tersepit pintu’.
Tak dak kepit kepit pintu… sapa dia habaq kepit pintu, geram aku tengok. Orang dah habaq warna macam ini.”
Dalam pada itu, Izreen juga sempat meluahkan rasa geram kepada sesetengah pihak yang mempertikaikan warna inai berkenaan dan layak ditegur tanpa kiasan.
Kadang-kadang puak-puak ni bukan apa, kena kita cakap lagu ni baru depa faham, tak boleh cakap kias-kias. Terkepit pintu apa hang! Terkepit pintu tang mana?”
@partnernunha Sapa yg duk buat content2 tak menjadi tu? Tgk… kan kak long izreen dah mengamuk ?#innainunha #innaineelofa #innainunhakl #innainunhaselangor #innainunhaviral #innainunhaderhaka #partnerinnainunha #fyp #neelofa #izreenazminda #fypdongggggggg #fyp? #fy #foryoupage #fyp??viral
Izreen juga menyatakan Neelofa tidak memerlukan kontroversi untuk kekal relevan kerana namanya sudah dikenali satu Malaysia.
Sebab apa Neelofa? Saja nak bagi kontroversi. Ni toksah dok bagi dia kontroversi lah hampa. Ni nama dia dah gah tak payah kontroversi. Tak payah kontroversi sangat lah!”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan menyokong kenyataan Izreen.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: