“Macam Tersepit Pintu!” – Kuku Jari Seolah ‘Lebam’, Netizen Kritik Inai Neelofa Banyak ‘Pantang Larang’

Hiburan

“Macam Tersepit Pintu!” – Kuku Jari Seolah ‘Lebam’, Netizen Kritik Inai Neelofa Banyak ‘Pantang Larang’

Baru-baru ini, selebriti terkenal Noor Neelofa ada mengeluarkan produk terbaru berupa inai yang diberi nama Innai NunHa yang nampaknya menerima sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada peminat.

Namun begitu, sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial apabila ada netizen memberikan kritikan terhadap warna inai keluaran Neelofa yang dianggap seperti ‘lebam’ dan tersepit pintu.

Advertisement
inai nunhaSumber : Twitter  

Malah, ada juga yang menyifatkan cara pemakaian inai tersebut di jari sedikit rumit dan penuh dengan ‘pantang larang’.

Antara ‘syarat’ pemakaian inai Neelofa agar hasil terlihat cantik adalah seperti elakkan pakai di tempat yang berangin, simpan di dalam peti ais dan sebagainya.

Sekadar info, Innai NunHa ini dijual dengan harga RM35 sekotak untuk semenanjung Malaysia dan RM39 untuk pasaran Sabah & Sarawak.

Ia juga dijual di Brunei dan negara seberang tambak, Singapura.

Neelofa komen isu Puteri Sarah
2022-07-01 12:47:43

"Banyak Kita Borak Hal Ni.." - Neelofa Akui Dah Lama Tahu Isu Orang Ketiga, Teruk Puteri Sarah 'Dibuli'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter