Sempena ulang tahun kelahiran anak baru-baru ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad ada menitipkan ucapan istimewa buat Jebat Jayden Ahmad. Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan bekas isteri memuji sifat kebapaan yang ditonjolkan Sharnaaz.
Di bahagian komen itu, Noor Nabila secara berseloroh memohon mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat agar ‘melaluinya’ untuk tapisan.
Terbaru, Sharnaaz Ahmad menerusi temu bual bersama wartawan Melodi memberi respon kepada gurauan tersebut. Jelas Sharnaaz, dia sendiri terkejut namun bersetuju sebagai seorang ibu Nabila mestilah mahu yang terbaik untuk anak tunggalnya itu.
View this post on Instagram
Saya pun tak tahu terkejut juga dia cakap macam tu. Tapi betul la juga apa dia cakap.. dia ibu kandung Jebat jadi kena tengok la mak tiri.
Berbeza dengan pemilihan bapa tiri, Sharnaaz berpendapat Nabila berhak melihat siapa yang bakal menjaga anaknya itu.
View this post on Instagram
Menjawab status hubungan dengan anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz, Sharnaaz memaklumkan mereka berdua hanyalah sekadar kawan biasa namun mengakui Azira mempunyai ciri-ciri wanita yang diinginkannya.
Apa pun, Jebat kena approve dulu.. dia boleh panggil mummy, okey jalan.
Jelas pelakon kelahiran Pulau Pinang ini, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT. Apa yang pasti Azira sememangnya seorang wanita yang baik.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.