Tular di media sosial hari ini apabila sebuah akaun Twitter telah memuat naik satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis mencari ibu bapanya di satu kawasan perumahan.
Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dipercayai telah melintas jalan besar berseorangan di mana ia sangat bahaya kerana kenderaan yang melalui kawasan tersebut dipandu dengan sangat laju.
Mujurlah orang yg jumpa ni baik dan bertanggungjawab. Kalau org jahat yg jumpa, hilang tanpa jejak dah adik comel ni. Terima kasih pun tak cakap. pic.twitter.com/oZ9oYbVsDr
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) April 12, 2022
Di atas keprihatinan beberapa orang individu, kanak-kanak terbabit telah dibawa pulang dengan selamat ke rumahnya yang terletak di seberang jalan raya tersebut.
Namun, apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila penjaga kanak-kanak tersebut secara bersahaja mengambil si kecil itu tanpa mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit.
Ia sekaligus mengundang perasaan ‘geram’ dalam kalangan netizen yang melihatkan video itu.
Macam tu je? Terima kasih ke apa tak? Aku tak faham jenis orang macam ni. – netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa wanita yang mengambil kanak-kanak tersebut bukanlah ibu kepada budak lelaki tersebut tetapi pembantu rumah.