“Siapa Si ‘Katak’ Tu? “- Sultan Selangor Beli Lukisan Bawa Maksud ‘Mendalam’, Netizen Jadi Teruja

Kehidupan

“Siapa Si ‘Katak’ Tu? “- Sultan Selangor Beli Lukisan Bawa Maksud ‘Mendalam’, Netizen Jadi Teruja

Semalam, kecoh di media sosial Twitter terutamanya apabila  ‘page’ rasmi Selangor Royal Malaysia telah memuat naik sebuah foto memaparkan Sulatang Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sedang berdiri bersebelahan sebuah hasil seni berupa satu lukisan.

Namun, apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila lukisan tersebut seolah-olah membawa maksud ‘mendalam’ kerana ia memaparkan sekumpulan haiwan seperti monyet dan katak sedang bersidang di dalam parlimen Malaysia.

Advertisement

Difahamkan, Baginda telah membeli karya seni tersebut dan telah menggantungnya di ‘private study room’ milik Baginda.

Dalam pada itu, Baginda juga berhasrat untuk melelong lukisan tersebut dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang ‘teruja’ dan seperti memahami maksud tersurat pada hasil seni lukisan tersebut.

twitterSumber : Twitter  

Ada yang mendakwa lukisan tersebut membawa maksud satira dan menempelak keadaan politik di tanah air pada ketika ini.

‘Art berat’ kata netizen!

bezza mabuk langgar rider
2 years ago

(VIDEO) Pemandu Keras Kepala Pandu Lawan Arus, Dipercayai Mabuk Langgar 'Rider' Dan Kereta Honda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...