Terhibur, Gelagat ‘Babu’ Roti Main Badminton Dengan Anak Jiran

Trending

Terhibur, Gelagat ‘Babu’ Roti Main Badminton Dengan Anak Jiran

Zaman sekarang ini, agak sedih apabila kita sudah jarang melihat penjual roti yang membawa motor di sekeliling kawasan perumahan macam waktu dulu-dulu.

Kalau dulu, boleh dikatakan satu hari itu dalam dua ke tiga kali kita akan dengar bunyi loceng motorsikal penjual roti ini atau lebih dikenali dengan nama ‘babu’ dan ‘Uncle’ roti.

Advertisement

Tidak boleh dinafikan, pastinya ramai antara kita yang mempunyai pengalaman menunggu serta membeli roti dengan penjual roti menggunakan motorsikal ini.

3 years ago

Ramai Terhibur Ragam Budak Kecil Kejar 'Uncle' Roti

Bukan setakat roti saja, malahan banyak juga jajan dan keropok yang dijual oleh ‘babu’ roti tersebut. Kehadiran ‘babu’ roti ini bukan saja menarik perhatian kanak-kanak, orang dewasa juga ramai yang turut terikut sama membeli dengannya.

Pemuda ternampak ‘babu’ seronok main badminton dengan anak jiran ketika hendak membeli roti

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan situasi seorang pemuda ketika ingin membeli roti dengan seorang penjual roti yang menaiki motorsikal atau ‘babu’ roti.

Dalam video tersebut, kelihatan pemuda itu sedang menunggu di luar rumahnya untuk membeli roti daripada ‘babu’ tersebut. Namun, apa yang membuatkan dia terhibur adalah apabila dia ternampak ‘babu’ roti tersebut sedang bermain badminton bersama anak jirannya.

Lebih menghiburkan kerana ‘babu’ roti itu dilihat sangat seronok bermain badminton dengan anak jirannya itu sehingga tidak menghiraukan dia yang ingin membeli roti dengannya.

Kerana terhibur dengan gelagat ‘babu’ roti itu, pemuda tersebut membiarkan ‘babu’ roti itu terus bermain badminton lalu berkata, “takpalah, janji kau happy dengan kau punya kerja.”

“Biarlah dia nak main. Maybe dia penat ronda-ronda cari rezeki, bila bermain boleh lah rasa happy sikit”

Setakat ini perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 213.7 ribu tontonan, 25.1 ribu tanda like dan 494 komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ‘babu’ roti sedang seronok bermain badminton itu.

Gelagat babu roti main badminton dengan anak jiran

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Gelagat babu roti main badminton dengan anak jiran

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang mengatakan mungkin ‘babu’ roti itu sudah penat meronda di keliling kawasan perumahan dan bertindak untuk berhenti sebentar dan bermain dengan anak jiran tersebut.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan ‘babu’ roti itu bermain badminton kerana ia merupakan kerja sampingannya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...