Ramai Terhibur Ragam Budak Kecil Kejar ‘Uncle’ Roti

Trending

Ramai Terhibur Ragam Budak Kecil Kejar ‘Uncle’ Roti

Tidak boleh disangkal lagi, pastinya ramai yang mempunyai pengalaman mengejar motorsikal aiskrim atau roti yang lalu depan rumah dan sememangnya perkara ini buat ramai budak kecil gembira.

Lagi-lagi semasa kita kecil, kita mesti rasa excited kalau terdengar bunyi loceng motorsikal ‘Uncle’ aiskrim atau roti ini. Dengar sahaja bunyi loceng motorsikal itu, terus kita gelabah cari baju, seluar dan duit.

Advertisement

3 years ago

(VIDEO) "Fokus Sampai Terkentut!" - Gelagat Comel Adik Ini Di 'Barber Shop' Buat Ramai Geram

Sangat beruntung kerana masih lagi terdapat ‘Uncle’ yang menjual aiskrim dan roti ini pada zaman sekarang, dapat lah kanak-kanak masa kini merasai juga pengalaman yang kita rasai dahulu.

Kanak-kanak zaman sekarang juga mesti rasa gembira dengan kehadiran motorsikal aiskrim atau roti tersebut kerana dapat peluang untuk membeli jajan atau keropok yang mereka gemari.

Melalui satu perkongsian video, ragam budak kecil ini berlari sambil memegang seluarnya telah mencuri tumpuan ramai orang.

Tular baru-baru ini di laman TikTok, satu perkongsian video daripada pengguna bernama hafizahamzah54 yang memaparkan gelagat seorang budak kecil sedang berlari mengejar motorsikal yang menjual roti di depan rumahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila budak kecil itu tidak lepas tangan memegang seluarnya kerana seluar yang dipakainya itu bersaiz besar dan longgar.

Gelagat dia berlari ke arah ‘Uncle’ roti tersebut kemudian berpatah balik ke ibunya sambil memegang seluarnya telah mencuri perhatian ramai orang. Comel betul tengok budak kecil itu lari.

Budak kecil tersebut langsung tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya, seluarnya besar dan longgar pun dia tidak kisah asalkan dapat beli jajan yang dia mahukan.

“Pegang elok-elok dik seluar tu, londeh sat lagi naya”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 343.7 ribu tontonan, 34 ribu like dan 4 ratus komen.

Rata-rata netizen berasa ‘geram’ melihat budak kecil itu berlari dan ingin mencubit manja pipinya kerana sangat comel.

Komen tiktok budak kecil berlari kejar uncle roti

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen tiktok budak kecil berlari kejar uncle roti

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh supaya budak kecil itu memegang seluarnya betul-betul kerana takut seluarnya terlucut ketika berlari.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...