Terhibur, Frontliners Tiru Video Terbang Tepi Tingkap

Trending

Terhibur, Frontliners Tiru Video Terbang Tepi Tingkap

Zaman sekarang ini, media sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Boleh dikatakan, setiap hari kita mesti akan buka laman media sosial kita atas pelbagai tujuan.

Aplikasi TikTok merupakan salah satu platform media sosial yang kian menjadi trend zaman kini. Tidak dinafikan, aplikasi ini semakin menjadi pilihan ramai sebagai medium untuk berkongsi pelbagai jenis video.

Advertisement

5 bulan lalu

Rebah Ketika Selamatkan Pesakit, Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Frontliners

Bukan hanya untuk berkongsi video, ia juga telah menjadi medium untuk pengguna menyerlahkan bakat dan kreativiti masing-masing.

Ramai orang kini dilihat gemar berhibur dan mengeluarkan content-content yang lucu di laman TikTok. Bukan saja bakat menari, lip sync dan menyanyi, malah ada yang siap berlakon sehingga dijadikan parodi.

Aksi lucu pegang ranting dan pusing-pusingkan di tepi van

Baru-baru ini, tular sebuah challenge di TikTok yang memaparkan rakaman belakang tabir penghasilan sebuah video terbang seperti superman di tepi tingkap yang telah menjadi trend sehinggakan ramai yang ingin menghasilkan video tersebut.

Advertisement

Susulan daripada challenge tersebut, tular juga sebuah perkongsian video daripada pengguna bernama nazimjurufoto yang memperlihatkan gelagat sekumpulan ‘frontliner’ yang cuba merakam video terbang seperti superman itu.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan tiga orang ‘frontliner’ sedang dalam pembikinan merakam challenge video terbang di tepi tingkap itu.

Seorang daripada ‘frontliner’ tersebut bertindak menjadi pemandu van manakala seorang lagi berlakon aksi terbang lalu memberikan hand sanitizer kepadanya melalui tingkap.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila kelihatan seorang lagi ‘frontliner’ yang sedang gigih memegang ranting kayu dan bertindak memusingkan ranting tersebut supaya kelihatan seperti van itu bergerak apabila dirakam.

“Terhibur saya, terbaik frontliners”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 219.4 ribu tontonan, 27.7 ribu tanda like dan 3.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi tiga orang ‘frontliner’ tersebut.

Frontliners rakam video parodi superman

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Advertisement
Frontliners rakam video parodi superman

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

ada juga yang berseloroh mengatakan ‘frontliner’ yang memegang ranting tersebut dilihat sangat berdedikasi untuk hasilkan video itu kerana dia memasak kuda-kudanya.

Tidak kurang juga yang memuji mereka kerana melucukan dan sering menghasilkan video yang membuatkan ramai orang terhibur apabila menonton.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...