Rebah Ketika Selamatkan Pesakit, Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Frontliners

Trending

Rebah Ketika Selamatkan Pesakit, Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Frontliners

Di musim pandemik ini, ramai terkesan dan terjejas dari segi pendapatan untuk meneruskan hidup. Purata jangkitan yang kian meningkat dari hari ke hari sememangnya merisaukan masyarakat sehingga dikatakan beberapa buah pusat kesihatan sudah penuh dengan pesakit. Ramai orang telah menyerbu ke CAC Stadium Melawati Shah Alam untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut Berita TV3, dikatakan hampir seramai 4,000 orang yang positif telah hadir di sana seawal jam 6 pagi walaupun masih belum dibuka. Jumlah pesakit yang ramai ini sememangnya menjadi kerisauan dalam kalangan netizen.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian di kawasan itu adalah ketabahan serta kesungguhan petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas walaupun kepenatan sehingga berlakunya kejadian yang tidak dingini.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, memaparkan beberapa frontliner yang terkejar-kejar membawa pesakit yang pengsan tanpa sebab ketika berada di stadium berkenaan. Perkara itu sememangnya membuatkan mereka cemas dan dengan segera mengangkutnya untuk melakukan pemeriksaan.

Namun apa yang menyedihkan netizen, ketika para frontliner terkejar-kejar membawa pesakit di atas stretcher, mereka tanpa sengaja tergelincir dan salah seorang daripada mereka rebah di atas jalan. Mungkin disebabkan terlalu penat, frontliner itu dilihat hanya berbaring seketika ketika orang ramai sibuk membantu.

Video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @suemayrra itu telah menzahirkan rasa sedih dan simpati dalam kalangan netizen yang memberikan komen selain turut mendoakan agar para frontliner sentiasa tabah dalam ujian yang mendatang untuk merawat pesakit.

frontliner rebah

covid-19 malaysia

Video yang dikongsikan itu setakat ini telah mendapat lebih daripada 4.5 juta tontonan dan 200,000 lebih tanda suka. Sememangnya perkara itu menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya sebak melihat kesungguhan Frontliner.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...