Kalau mahu ikutkan common sense, apabila kita sudah double park dihadapan kereta seseorang, tinggalkan nombor telefon di kereta merupakan perkara ‘wajib’ yang perlu dilakukan kerana memudahkan kereta yang dihalang mahu keluar.
Namun, apa yang dilalui oleh seorang wanita ini sememangnya ‘menyusahkan’ apabila terdapat sebuah kereta double park dihadapan keretanya tetapi langsung tidak meninggalkan nombor telefon ataupun free kan gear kereta agar boleh di alih.
Lagi membuatkan wanita tersebut berasa frust dengan kejadian yang berlaku, urusan yang ingin diselesaikan pada hari berkenaan sudah pun tergendala.
Difahamkan dari video yang dimuat naik semula dalam akaun rasmi TikTok Utusan TV itu, pemilik kereta Proton Iris itu telah membuatkan wanita itu terpaksa menunggu selama 30 minit.
Sudahnya lambat setengah jam, netizen yang melihat video berkenaan berasa ‘panas’ apabila pemilik kereta itu sampai ke kereta, bukannya mahu alih secepat mungkin, malah sempat kemas beg di belakang kereta.
Dalam pada itu, pemilik kereta itu sempat tersenyum dan tidak memohon maaf kepada wanita itu secara depan-depan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.