“Yang ‘Follow’ Pun Berdosa..” – PU Syed Tegur ‘Trend’ Solat Jemaah Dengan Kipas, Minta Netizen Hentikan

Hiburan

“Yang ‘Follow’ Pun Berdosa..” – PU Syed Tegur ‘Trend’ Solat Jemaah Dengan Kipas, Minta Netizen Hentikan

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok ‘trend’ solat bermakmumkan dan berimamkan kipas sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Sehubungan dengan itu, pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berasa terpanggil untuk memberi sedikit teguran kepada mereka yang melakukan perbuatan yang sia-sia itu.

Advertisement
tiktokSumber : TikTok  

Kata PU Syed, tindakan menunaikan solat bersama kipas kemudian dimuat naik ke dalam media sosial itu merupakan satu perbuatan yang mempersendakan agama dan jatuh hukum dosa besar.

Tapi bila diperbuat main-main seperti itu, jika orang bukan muslim tengok perbuatan ni, seolah-olah Islam ini mudah dipermainkan dan diperlekehkan.

Apatah lagi kalau dibuat dalam keadaan sedar, bukan mabuk ketum maka perbuatan tersebut dilarang oleh agama.

Dalam pada itu, PU Syed meminta mereka yang teruja untuk kejar ‘view’ atau ‘followers’ ini dengan memuat naik perkara tidak bermanfaat seperti ini agar berhenti daripada melakukannya.

“Kalau boleh kepada pihak jabatan agama, kalau perbuatan ini dilakukan di Malaysia boleh diambil tindakan kepada mereka.” katanya ketika ditemu bual oleh mStar Online.

tiktok solat dengan kipas
2 years ago

(VIDEO) “Cam Bangang!” - Tular Trend Solat ‘Jemaah’ Dengan Kipas Di Tiktok, Netizen Luah Rasa Berang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...