“Tercengang Sekejap..” – Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Terkejut Johan Datang Bagi Bantuan

Hiburan

“Tercengang Sekejap..” – Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Terkejut Johan Datang Bagi Bantuan

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nor Akmar Qaseh yang meluahkan rasa teruja apabila secara tidak sengaja bertemu dengan pelawak dan penyampai radio, Johan.

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan kereta milik Nor Akmar Qaseh telah rosak di tepi jalan dan tidak menyangka apabila sebuah kenderaan berwarna putih telah berhenti untuk memberikan bantuan kepada mereka.

Advertisement

Apa yang lebih mengejutkan apabila, kenderaan itu rupa-rupanya dimiliki oleh Johan yang tampil bertanyakan khabar mereka sekeluarga.

johan

Encik suami tercengang sekejap, tak sangka yang bertanya tu Johan Rajalawak, dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke?

Malah, Nor Akmar turut menceritakan Johan sempat memberi duit raya kepada anak-anaknya yang berada di dalam kereta.

Aku yang dalam kereta tambah-tambah terkejut la lihat dia tiba-tiba depan mata… betul orang kata, dia memang baik hati, tu sebab rezeki dia murah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan murni pelawak itu yang bersahaja dan sangat merendah diri.

Orang baik memang selalu akan jumpa orang baik-baik juga. – Netizen.

Dalam dugaan yang diterima akan ada rezeki yang mendatang.. ni la dia, dugaan kereta rosak tapi rezeki dapat jumpa johan siap hulur rezeki lagi,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

muka cantik tapi pengotor
2 years ago

"Bila 'Dating' Kemain Lawa!" - Bilik Macam 'Tongkang Pecah', Gadis Bengang 'Roomate' Pengotor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...