“Bila ‘Dating’ Kemain Lawa!” – Bilik Macam ‘Tongkang Pecah’, Gadis Bengang ‘Roomate’ Pengotor

Kehidupan

“Bila ‘Dating’ Kemain Lawa!” – Bilik Macam ‘Tongkang Pecah’, Gadis Bengang ‘Roomate’ Pengotor

Rasanya ketika zaman sewaktu belajar, sudah pasti ramai yang sudah melalui fasa-fasa menyewa rumah dan ia akan menjadi satu perkara yang bakal mengamit kenangan apabila dewasa kelak.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak berasa seronok duduk bersama housemate mereka kerana mempunyai perangai yang tidak menyenangkan.

Advertisement

Seperti perkongsiaan video seorang gadis di TikTok ini, dia meluahkan rasa kesal mempunyai housemate yang tidak tahu untuk menjaga kebersihan bilik, lagi-lagi mereka pula berkongsi bilik.

Difahamkan dari video yang dimuat naik itu, biarpun tahu untuk ‘berlawa’ apabila keluar bersama boyfriend, namun keadaan bilik dibiarkan bersepah tanpa mengemas apa-apa barang di dalamnya.

Jelas kelihatan segala tudung dan baju yang di cuba hanya dibiarkan saja di atas lantai tanpa mengemasnya semula.

Dalam pada itu, gadis terbabit juga memberitahu sudah menegur roommate terbabit, namun masih membuat perangai yang sama berulang kali.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, hampir kesemua netizen memberi reaksi yang sama dan berkongsikan kisah yang lebih kurang sama yang dilalui oleh gadis tersebut.

Menurut netizen, kebanyakkan gadis yang ‘cantik’ ini sememangnya tidak tahu untuk menjaga kebersihan sekitarnya dan hanya fikir untuk jaga diri mereka saja.

sambut hari jadi
2 years ago

"Dalam Hati Ada Taman" - Buat 'Surprise' Hari Jadi Untuk Suami Garang, Gelagat Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...