Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Meerqeen, 20, menyifatkan kejayaannya membolosi senarai 10 artis meraih undian tertinggi pada pusingan awal, sekali gus layak ke peringkat Top 5 bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menandakan kehadirannya dalam industri hiburan direstui.
Selama setahun membina nama dalam dunia industri, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam sudah boleh menarik nafas lega apabila segala usaha dan penat lelahnya terbayar dengan kepercayaan yang diberikan peminatnya.
Sebagai pendatang baharu, ABPBH adalah acara anugerah pertama yang menyenaraikan nama saya. Pencalonan ini menunjukkan yang kehadiran saya dalam industri kreatif mendapat perhatian.
View this post on Instagram
Terharu pengiktirafan diberikan, penyanyi yang baru muncul dengan single berjudul Menunggu ini berjanji akan memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerjanya.
Jika boleh, saya tidak mahu mengecewakan peminat dengan hasil kerja yang asal boleh.
Pelakon yang dicungkil bakat menerusi pertandingan Hero Remaja itu turut menerima saingan daripada empat finalis lain iaitu Aliff Iskandar, Dinie Rashid, Fadh Majid dan Nadhir Nasar.
Semoga berjaya dalam industri seni Meerqeen!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.