Suara Dan Gaya Hampir Serupa, Peminat Samakan Meerqeen Dengan Pengarah Syamsul Yusof

Hiburan

Suara Dan Gaya Hampir Serupa, Peminat Samakan Meerqeen Dengan Pengarah Syamsul Yusof

Pelakon yang kini namanya semakin meningkat naik, Meerqeen menjadi bahan bualan peminat apabila gaya dan suaranya dikatakan seperti pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof.

MeerqeenSumber : Instagram Meerqeen  

Namun begitu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen menafikan bahawa dia seolah-olah meniru personaliti personaliti terkenal itu.

Advertisement

Mengakui bahawa dia pernah diberitahu mengenai persamaan itu oleh peminat, Meerqeen menganggap bahawa perkara itu tidak benar dan untuk menyamakan dirinya dengan Syamsul Yusof adalah seperti jauh panggang dari api.

View this post on Instagram

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

“Reaksi saya bila mereka cakap macam tu saya tanya balik kepada mereka ‘yeke sama’? Sebab saya tak rasa pun sama. Mungkin sebab tone suara saya yang bass kot, tu yang orang samakan saya dengan Syamsul,”

Pelakon drama Angkara Cinta itu baru-baru ini telah menewaskan beberapa nama pelakon popular lain seperti Zul Ariffin, Aeril Zafril dan Adam Lee dalam undian Gempak Most Wanted 2020 bagi kategori Artis Kacak Tergempak 2020.

Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat di luar sana yang tidak putus-putus mengundi dirinya dalam pencalonan itu.

View this post on Instagram

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Tidak menyangka bahawa dirinya akan membawa pulang anugerah itu, Meerqeen berkata bahawa namanya lebih dikenali ramai peminat setelah dia membintangi drama Angkara Cinta yang turut dilakonkan oleh Hun Haqeem dan Wana Ali. Dia yang membawa watak Hakim dalam drama tersebut telah menerima reaksi positif daripada penonton di luar sana.

View this post on Instagram

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Perkembangan terkini, Meerqeen menyimpan azam sempena tahun baru di mana dia ingin lebih mengembangkan bakatnya dalam dunia seni. Dia juga menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menyusun segala aktiviti dan jadual dalam mencapai sasaran azam pada tahun 2021.

Difahamkan dia dan pihak pengurusan kini sedang dalam proses pembikinan sebuah lagu khas buat dirinya. All the best Meerqeen!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.Com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...