Written by AbangNara | August 26th, 2019

Tak salah untuk dikatakan bahawa tahun 2019 adalah tahun Alif Satar. Kekal mantap mengacara, muncul dengan kolaborasi bersama Raihan dengan lagu “Sesungguhnya”, mempertingkatkan mutu lakonan dalam drama dan menunjukkan contoh seorang suami mithali, nama Aliff Satar dicanang-canang sebagai salah satu calon yang layak memenangi Anugerah Bintang Paling Popular untuk ABPBH edisi ke 32. Berdasarkan kesemua pencapaiannya, memang layak untuk Alif Satar merangkul anugerah penuh berprestij ini.
alif satarTercalon dalam 3 kategori iaitu Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular, Alif Satar tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi mana-mana kategori. Menurutnya, apa yang dilakukan selama ini adalah berdasarkan minat dan bakat dimilikinya.
alif satarKata Alif Satar:-

Selama 13 tahun ini saya berjuang atas paksi bakat dan syukur, segala usaha itu dapat dibuktikan. Apapun, saya sangat berterima kasih dengan kelab peminat Alif Satar FC yang sanggup bersusah payah mengundi hingga nama saya ada dalam senarai Top 5 ABPBH.

Terima kasih kepada mereka yang anggap sedemikian (dirinya sebagai Hero Malaya). Saya berharap dapat pertahankan karier ini kerana bakat dan enggan terpalit kisah sensasi.

Saya sentiasa berpegang dengan nasihat ibu bapa dan peringatan isteri bahawa saya keluar bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Apatah lagi, saya kini teruja bakal menyambut kelahiran anak ketiga iaitu bayi lelaki pada Oktober nanti. Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga

alif satarSecara jujurnya, Alif Satar adalah role model terbaik untuk para lelaki di luar sana. Sentiasa ingatkan isteri dan anak-anak ketika keluar bekerja, mesra dengan peminat, tidak membuat lawak bodoh ketika mengacara serta kekal profesional dalam apa jua yang dilakukan. Tak pernah ada sebarang kontroversi. Memang awesome sangat-sangat. Diharap para peminat Alif Satar tidak lupa untuk mengundinya di ABPBH32. Biarlah yang menang kali ini benar-benar layak orangnya. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Tercalon Dalam 3 Kategori, Alif Satar Calon Kegemaran Rangkul Bintang Paling Popular ABPBH32?

  1. mama bawang says:

    saingan sengit mira filzah

    0

    3
  2. faraj says:

    Ingat nk Undi..!!! pastu buat memek muka kt Beskal tu langsung malas nk undi..( Mcm Gampang) buat memek muka tu..!!!

    0

    12
  3. Anonymous says:

    Sis sokong!
    U deserve Alif Satar???

    13

    0
  4. Anonymous says:

    jangan mengharap… belum tentu dapat… ramai lagi yang lain

    0

    0
  5. Anonymous says:

    mira filzah tercalon 7 kategori. kang tiba tiba khai bahar/haqiem rusli/wany hasrita menang. kategori banyak tak menjamin peluang menang

    3

    0
  6. damai says:

    dia pun x mengharapkan apa2 setakat undian sape paling banyak undian peminat bukan nya yg terbaik. tapi peminat pilih dia tu kira bonuslah

    1

    0

Tinggalkan Komen Anda Di Sini