July 30th, 2019

Sejak semalam nama penyanyi Alif Star trending di Twitter, bukan kerana kontroversi tetapi kerana sikapnya sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, memahami dan selalu membahagiakan isteri.

Baru-baru ini, isteri Alif iaitu Shadila Halid memuat naik luahan betapa beliau bersyukur dikurniakan seorang suami seperti Alif. Menjaga dirinya yang sedang hamil dengan baik dan tidak pernah merungut membantu isterinya dalam kerja rumah mahupun meninggikan suara.

Rata-rata netizen memuji Alif contoh lelaki yang baik, seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang, memang bertuah jika dapat seorang lelaki macam Alif.

Pasangan ini berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Alisah Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2. Mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.


26 responses to “Selalu Bahagiakan Isteri Dan Bertanggungjawab, Netizen Puji Alif Satar Suami Mithali”

  1. Mama G says:

    Husband i pun boleh dikatakan suami dambaan wanita.Org kata I buli suami tapi sakit I fizikal & mental serta emosi suami n I je tahu. Apatah lagi dia jenis lembut, tinggi suara pun tak pernah.
    Tapi i tak upload apa2 dlm media sosial sbb babi ada di mana2 yg akan mgondol bila2 masa.tu kena bagi ingat. Cukup la suami tahu saya hargai dia. Dan.. Sama la.. suami saya muda dari saya.Takde la nk rasa insecure. Cuma kisah rumah tangga, malas nk cite. Bukan org faham pun.

  2. Mira says:

    Semoga family Aliff kekal hingga ke Jannah dan murah rezeki selalu.

    Nak honeymoon atau bercuti ke korea boleh roger ye

  3. Lavender says:

    Kalau boleh kebahagiaan jgn tunjuk sgt.. kalau puji pun biar besederhana.. kalau saya tegur jgn marah ye. Sebab ada watak Aliff smpi berpegang tgn dgn perempuan dlm cite apa sy lupa.. Zara Zya rasanya pelakon dia.. Lepas tgk tu mcm terkejut dan x sgka.. sbb dia pun pernah berduet dgn Raihan..

Loading...