Susulan pengesahan polis menolak pendakwaan kes permedagangan manusia terhadap pelawak ke atas dirinya, Tauke Jambu berharap agar orang ramai berhenti mengecopnya sebagai bapa ayam.
Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, sepanjang tempoh sukar yang dihadapi olehnya itu, isteri dan anaknya sering menjadi mangsa kecaman hingga malu untuk keluar dari rumah kerana tekanan orang sekeliling.
Pengesahan dari pihak polis mengenai kes berkenaan telah membuktikan dia bukanlah seperti yang didakwa oleh orang ramai.
Hari ini terbukti saya tidak terbabit dalam kes itu. Cukup-cukuplah, hentikan segala tuduhan liar kerana yang terkesan ialah insan-insan yang saya sayang.
Dalam pada masa yang sama, pelawak tersebut berharap agar wargamaya sentiasa berhati-hati ketika membuat komen dan buat siasatan dahulu kerana ia boleh menjadi fitnah.
Di samping itu, Tauke juga memberi pesanan kepada mana-mana individu yang memfitnah dia agar membersihkan namanya kerana bukan mudah bagi dia sekeluarga untuk melalui dugaan ini sehingga memberi kesan emosi kepada mereka.
Terdahulu media melaporkan seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Op Pintas.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.