Tauke Jambu Nafi Terlibat Kes Bapa Ayam

Hiburan

Tauke Jambu Nafi Terlibat Kes Bapa Ayam

Nama pelawak Tauke Jambu tiba-tiba menjadi trending selepas netizen kaitkan namanya dengan penangkapan seorang pelawak oleh pihak polis akibat disyaki jadi bapa ayam. Perkara ini bagaimanapun dinafikan sepenuhnya Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria.

pelawak eksploitasi seks
3 years ago

Pelawak Popular Ditahan Bagi Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

Advertisement

Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Tauke bagaimanapun tidak memarahi netizen yang mengaitkan namanya dengan isu ini tetapi rasa lucu dan tak sangka netizen fikir dia terlibat dengan isu bapa ayam.

Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian. Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun boleh dipertikaikan, apatah lagi saya ini.

tauke jambu

Menguatkan lagi penafian Tauke, isterinya Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya terlibat dengan jenayah terkutuk itu. Nadia mengesahkan yang suaminya ada dirumah bersamanya ketika ini.

Pihak polis pada waktu ini sedang menjalankan siasatan dan kita tunggu sahaja perkembangan terkini dari polis. Kesian Tauke Jambu, huhu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...