Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

Pelawak Popular Ditahan Bagi Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

pelawak eksploitasi seks

Sering menonjolkan imej yang baik di hadapan umum, sedikit mengejutkan apabila terdapat selebriti disyaki terlibat dalam kancah jenayah.

Advertisement

Terbaru, seorang pelawak popular dikhabarkan telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Kata Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas yang dilakukan daripada maklumat yang diperolehi pihaknya.

Disebabkan oleh itu, pihak polis telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan atas tujuan eksploitasi seks.

pelawak eksploitasi seksSumber : Google  

Buat masa ini, mangsa telah menerima perintah pelindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan yang bertempat di Johor.

Advertisement

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

Selain daripada itu, mereka turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit.

Dalam pada itu, suspek turut dikenakan kompaun disebabkan kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) berdasarkan Pelan Pemulihan Negara 2021.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    August 3, 2021 at 9:47 pm

    tauke jambu

    • Anonymous

      August 4, 2021 at 1:13 am

      Palatao! Memandai tuduh org. Org tu dh nafi kot.

    • Anonymous

      August 4, 2021 at 11:44 am

      Dah tersebar laporan polis psl nama Zamratul nih. Kena tgkap 1 ogos.pastu kne ikat jamin..mmg la ada kt rumah sekarang..hahahaaa..hotel ni dekat je dengan rumah ak dulu.Sape yg tahu,tahu laa..x perlu menafikan dan menipu.Lambatlaun akn tahu jugak~

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top