Pelawak terkenal, Azlee Senario mengakui dirinya kini berasa lebih tenang apabila terlibat aktif dalam melakukan kerja amal bersama-sama dengan Ebit Lew baru-baru ini.
Ujar Azlee, pengalaman beberapa hari mengikuti Ebit berdakwah dan menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan telah banyak memberi kesedaran kepada dirinya sendiri.
View this post on Instagram
Dia yang dihubungi media turut menceritakan pengalamannya sepanjang 3 hari mengikuti Ebit Lew melakukan kerja dakwah.
Selepas ustaz datang ke gerai buah saya bulan lalu, saya berpeluang mengikuti dia melakukan kerja-kerja amal kebajikan selama tiga hari. Dalam pada kita membantu orang susah, kita juga dapat kesedaran dan secara tak langsung belajar juga tentang agama. Tidak dinafikan perasaan dan hati saya berasa tenang sepanjang melakukan kerja-kerja ibadah seperti itu.
Terdahulu, Ebit Lew ada memuat naik sebuah hantaran video memaparkan dia sedang melawat Azlee di gerai buah-buahannya yang terletak di tapak pasar malam Saujana Utama, Sungai Buloh.
View this post on Instagram
Ebit juga memuji peribadi Azlee yang sentiasa menceriakan orang sekeliling sepanjang misi bantuan yang disertai pelawak tersebut.
Azlee dalam pada itu berkata bahawa dia akan mencari ruang dan peluang untuk belajar dan memperjuangkan agama Allah meskipun negara sedang dilanda pandemik COVID-19 kini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.