Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Berkat Doanya, Ramai Datang Beli” – Azlee Senario Syukur Ebit Lew Lawat Kedai

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga buah-buahan di tepi jalan yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dikatakan ada datang melawat kedai buahnya pada Sabtu lalu.

Advertisement

Menurut laporan mStar, Ustaz Ebit Lew juga sempat membeli buah-buahan yang dijualnya serta memberi sedikit wang sumbangan.

Ebit Lew
Pendakwah bebas itu juga ada memberikan kata-kata semangat buat Azlee untuk terus mencari rezeki dalam keadaan pandemik ketika ini. Menurut Azlee ketika dihubungi pihak mStar, kedatangan Ebit Lew ke gerainya adalah satu kejutan besar.

Ebit Lew juga ada membeli buah-buahan serta ada memberi sedikit sumbangan. Saya sangat bersyukur dan berkat doanya, ramai orang datang membeli, Alhamdulillah..

Bukan setakat berniaga buah-buahan, Azlee juga dikatakan turut berniaga hasil laut seperti ikan, ketam, udang, lala dan sebagai di pasar malam sejak Jun lalu.

Advertisement

Apapun, semoga urusan kita semua dipermudahkan ketika pandemik ini. Diharapkan juga agar semua tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan penularan wabak yang melanda.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menari

SUMBER : mStar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 17, 2021 at 2:49 pm

    Laju uel ni buat keje. Xbising pun. Jeles btolla

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top