Pada setiap acara fesyen berprestij, sudah semestinya pakaian yang digayakan selebriti mahu pun personaliti popular akan mendapat perhatian.
Kehadiran mereka ini akan menjadi tumpuan ramai apatah lagi jika ia diadakan di tempat awam dan terbuka seperti pusat membeli belah.
Penampilan selebriti popular, Rozita Che Wan atau mesra digelar Che Ta pada Kedah Fashion Week 2022 baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Mengenakan persalinan serba putih, Che Ta mendapat perhatian selepas hadir ke acara itu yang diadakan di Aman Central pada 5 hingga 7 Ogos lalu.
Rakaman pendek menunjukkan gelagat dan ‘catwalk’ Che Ta ketika acara itu dimuat naik di Facebook Nona namun segelintir pihak dilihat berasa kurang senang.
Menerusi video itu, ada individu yang memberikan komen tentang aurat dan menegur Che Ta dengan bahasa ‘double meaning’.
Kata individu itu, seharusnya Che Ta menutup aurat dengan lebih sempurna memandangkan sudah lama dia berhijab.
Tetap jual nasi lemak jugak.”
Sementara itu, seorang lagi individu turut komen tentang hal yang sama dan berkata meskipun nampak muslimah tetapi hakikatnya tetap mendedahkan aurat.
Selain itu, ramai memuji kecantikan Che Ta walaupun sudah berusia. Sesetengah netizen berkata mereka mengimpikan awet muda sepertinya namun sedar semuanya memerlukan wang yang banyak.
“Dia tua cara berduit, kita tua cara tak berapa nak berduit”, seloroh seorang wanita.