July 3rd, 2017

Masihkah anda ingat dengan insiden raya tahun lepas di antara Chef Wan dengan anak saudaranya? Chef Wan telah menegur sanak saudaranya yang hanya tahu tidur, tidak membantu sepanjang raya dan melabelkan mereka sebagai pemalas. Memang kecoh jugalah perkara ini sampai ada nak saman-saman.  Iyerlah, sedikit sebanyak kaum keluarga yang terbabit terasa malu dan diperkotak-katikkan maruah mereka oleh Chef Wan.

chef wan

Aidilfitri kali ini, salah seorang anak saudaranya yang terbabit di dalam insiden tersebut telah mengambil keputusan untuk tidak pulang berhari raya. Chef Wan telah meluahkan isi hatinya tentang perkara tersebut. Menurut Chef Wan dia tidak rugi apa-apa dengan tindakan anak saudaranya itu.

Tak rugi pun saya tak melihat anak buah yang saya sama-sama membesarkan mereka, tapi bila dah besar jadi kurang ajar macam anak saudara saya, Nadmi tu. Tahun ini dia tak balik. Suka hati la

chef wan

Semoga sengketa antara mereka ini tidak berpanjangan. Tak bestlah raya-raya nie bergaduh sesama kaum keluarga. Selaku orang muda, tak salah untuk kita rendahkan diri untuk pergi memohon maaf kepada yang lebih tua. Ingatlah kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Semoga Aidilfitri ini silaturahim antara Chef Wan dan anak saudaranya akan kembali terjalin. Sama-sama kita doakan.

juara airasia

P.S: Sempena kemenangan di dalam kategori “World’s Best Low-Cost Airline” untuk 9 tahun berturut-turut, AirAsia dengan rasa bersyukur dan gembira, menawarkan penerbangan ke pelbagai destinasi dengan harga yang terendah. Contohnya penerbangan ke Krabi cuma RM55 sahaja. Memang rugi kalau tak rebut peluang ini. Kena cepat sebab tawaran awesome ini akan berakhir pada 9 Julai ini. Klik sini untuk tempah penerbangan anda sekarang.


Comments are closed.

Loading...