October 23rd, 2009

farid kamil

Akibat tergelak kuat tak hingat di dalam bilik sorang-sorang, kami telah di”sound” oleh emak kami. Terpaksalah slowkan volume ketawa sambil refresh balik babak-babak Que Haidar dan Farid Kamil dalam filem Papadom. Serius lawak gila mamat 2 orang nie, lebih-lebih Que Haidar dengan muka skema tak ingat dia. Sila pergi tengok filem Papadom yang dah kutip RM2.4 juta kalau anda tak faham apa yang kami tengah cerita nie. Kalau nak baca review filem Papadom daripada kami, sila klik sini.

Tapi gambar-gambar Farid Kamil, Que Haidar, Lisa Surihani, Siti Saida dan ramai lagi nie bukannya diambil bersempena pelancaran filem Papadom. Lisa Surihani tak berlakon pun dalam cerita Papadom. Gambar-gambar nie semuanya diambil sempena Majlis Rumah Terbuka AstroLife yang meraikan pelanggan-pelanggan Astro Mustika.

Ok dengan jujurnya kami akui kami tak langgan Astro Mustika nie. Tapi jangan terkejut plak yang dah seramai 355,000 orang yang langgan pakej Mustika nie. Macam tak percaya kan? Mungkin sebab harga dia yang murah kot. RM12.95 je sebulan lepas tue boleh dapat 3 channel. Astro CITRA (saluran 131), Astro WARNA (saluran 132) dan B4U (saluran 133).

Lagi gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka Astrolife dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Apa khabar agaknya Linda Jasmine yang tengah sarat mengandung? Rasanya due date dia dah sampai dah kalau tak silap kami. Dah terkeluar ke anak dia ?

farid kamil

farid kamil

farid kamil

farid kamil

farid kamil


Comments are closed.

Loading...