October 19th, 2009

review filem papadom

Sejujurnya kami mengakui usus kami hampir terburai akibat gelak secara melampau semasa menonton filem PAPADOM nie. Memang gelak non stop, dari awal sampailah ke akhir. Tapi paling kuat gelak masa part last tue la. Sumpah lawak gile muka Que Haidar masa kena main kat “puting” ngan Liyana Jasmay. Kalau nak tau kenalah gi tengok ye ~~

Kami berani jamin yang korang takkan rugi langsung kalau pergi tengok cerita Papadom nie. Memang layak menang Filem Terbaik. Memang layak Liyana Jasmay dapat Pelakon Wanita Terbaik. Memang semuanya bestlah filem nie. Pelakon, jalan cerita, lawak dia, part sedih dia, pengajaran dia. Memang bagi kami filem terbaik Malaysia yang pernah kami tengok setakat nie.

Tapi yang kami peliknya napa Papadom dapat hall kecik kat wayang Cineleisure. Padahal ramai lagi beratur nak beli tiket citer dia nie. Memang double standard betul la. Kalau filem tak best macam sorang Prof tue selalu buat kami boleh la terima bagik dewan kecik. Nie filem best, ramai orang beratur nak tengok tapi akhirnya kecewa sebab tiket habis. Panas betul hati kami nie.

Yang penting sapa yang belum tengok tue sila pastikan anda curik masa pergi tengok. Tak kira la anda nak ponteng kerja ke, tuang kuliah ke tapi yang pastinya tolong tonton filem nie sebelum abis kat wayang. Kami jamin anda akan rasa nak tengok lagi selepas tue.

Buat Mr. Kodok @ Afdlin Shauki, lu punya cerita memang best beb~~ Kami respek sama anda. Tahniah!!!


Comments are closed.

Loading...