“Tengok Mereka Kena Kecam, Sedih..” – Bekas Anggota The Gadys, Nelissa Nizam Harap Netizen Dapat Beri Peluang Pada Mereka

Hiburan

“Tengok Mereka Kena Kecam, Sedih..” – Bekas Anggota The Gadys, Nelissa Nizam Harap Netizen Dapat Beri Peluang Pada Mereka

Pelakon dan bekas anggota The Gadys iaitu Nelissa Nizam berkongsi rasa sedih apabila melihat rakan-rakannya dalam kumpulan tersebut menerima kritikan dan kecaman yang hebat daripada netizen sejak kebelakangan ini.

Beri peluang pada mereka

Berdasarkan kenyataan Nelissa, dia berharap agar orang ramai dapat memberi peluang kepada The Gadys untuk memperbaiki diri mereka dari segi vokal dan persembahan secara keseluruhan. Katanya, dia percaya kesemua ahli kumpulan itu telah mencuba sehabis baik mereka.

Advertisement

Tengok mereka kena kecam, sedih jugalah. Namun, bukanlah posisi saya untuk bercakap apa-apa sebab saya bukan lagi anggota kumpulan.

 

Saya percaya mereka sudah beri persembahan terbaik di atas pentas. Tak kisahlah orang nak cakap apa pun kerana mereka boleh menyanyi. Jadi, harapnya perkara ini dapat jadi pembakar semangat buat mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nelissa Edreena Nizam (@nelissanizam)

Janganlah kecam

Bukan itu sahaja, aktres ini juga meminta agar pengguna media sosial berhenti memberi kecaman kepada mereka yang masih baru dalam industri nyanyian. Nelissa juga percaya rakan-rakannya itu mempunyai semangat yang kuat dan tidak akan berputus asa.

Penyokong janganlah kecam terlalu hebat dan beri peluang untuk mereka belajar jadi lebih bagus.

Saya tahu mereka kuat untuk berdepan semua ini dan diharapkan tidak berputus asa dan memperbaiki mutu persembahan masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Gadys (@thegadys)

Sebelum ini,  The Gadys tular selepas video yang memaparkan mereka membawa lagu Cinta Sampai Mati serta Gadis dan Bunga pada Anugerah KNKV Viral 2024 menerima kritikan dari orang ramai.

Wakil syarikat pengurusan juga dilapor menyebut kesilapan teknikal menjadi salah satu faktor mengganggu persembahan The Gadys.

The gadys
2 months ago

"Itu Memang Kekurangan Kami.." - The Gadys Diugut Netizen Kerana Suara Tak Sedap, Teruskan Pergi Kelas Vokal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...