“Itu Memang Kekurangan Kami..” – The Gadys Diugut Netizen Kerana Suara Tak Sedap, Teruskan Pergi Kelas Vokal

Hiburan

“Itu Memang Kekurangan Kami..” – The Gadys Diugut Netizen Kerana Suara Tak Sedap, Teruskan Pergi Kelas Vokal

Tular di media sosial sebelum ini mengenai satu kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai The Gadys telah dikritik kerana membuat persembahan sumbang di sebuah acara.

Teruk dikecam, The Gadys yang ditemui media mengakui menerima kritikan dan juga ugutan daripada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan kualiti suara mereka sebagai penyanyi.

Advertisement

Anggap suara sumbang satu kelemahan

Mengakui ia adalah salah satu kelemahan dan kekurangan mereka, kumpulan nyanyian yang terdiri daripada tiga orang wanita ini berkata mereka masih lagi dalam proses memperbaiki diri dalam bidang nyanyian.

Apa yang berlaku telah pun berlaku, apa yang terjadi telah pun terjadi, tak mengapa kami memang mengaku itu adalah kekurangan dan kelemahan kami sebagai The Gadys.

Kami bukan hanya menyanyi semata-mata, kami penghibur dan juga performer, kami bukan hanya menumpukan nyanyian, tapi kami menumpukan ke arah lakonan, menari, pengacaraan, tapi kami tahu bila menyanyi, kami masih perlu belajar banyak lagi.

Kecaman netizen beri kesan terhadap diri

Ujar mereka, kritikan yang dilemparkan netizen sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental dan ketiga-tiganya mengambil inisiatif untuk tidak melihat media sosial buat sementara waktu.

Kami terkesan juga, tapi bila perkara itu melampau sangat, jadi kami ambil jalan untuk tidak membaca dan tidak menyakitkan hati sendiri. Kami jauhkan diri dari media sosial buat sementara.

Dalam pada itu, The Gadys memaklumkan mereka akan terus menyertai kelas vokal dan komited terhadapnya.

Terdahulu, nama kumpulan muzik itu meniti di bibir netizen setelah nyanyian mereka untuk lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia dilabel sumbang dan tidak mencapai standard sebagai penyanyi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

(VIDEO) "Mas Idayu Tolong Sedarkan Mereka!" - Nyanyian 'Live' Dikata Terlalu Sumbang, The Gadys Teruk Kena Kecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...