Sanggup mengambil dadah kerana terlalu obses nak kurus sehinggakan berat badannya mencecah 38 kilogram.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita bernama Nora (bukan nama sebenar) di mana dia mengakui mula terjerumus dalam kancah dadah sejak lapan tahun lepas.
Kata Nora, pada waktu itu apa yang dimahukannya adalah hanya untuk mempunyai pinggang yang ramping dan kelihatan langsing sama seperti rakan-rakan sekerjanya yang lain.
Berniat untuk mengambil dadah untuk tempoh yang singkat dan berhenti apabila berjaya mencapai berat badan ideal. Menurut Bernama, itu niat wanita berusia 36 tahun tersebut pada awalnya namun ternyata dirinya terus bergantung kepada najis dadah.
Menceritakan kisah hitam dalam hidupnya itu, Nora berkata dia tidak pernah mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak dan hanya mencecah sehingga 50 kilogram sahaja.
Selepas melihat rakan kerja yang sentiasa berpakaian cantik serta mempunyai badan yang kurus, dia cuba untuk berdiet namun usahanya sia-sia.
Lebih memburukkan keadaan, bekas suaminya pula merupakan seorang penagih dadah dan memudahkannya untuk mendapat bekalan.
Saya benar-benar menyesal. Saya pilih untuk memudaratkan diri. Saya bukan sahaja hilang kerja bahkan hidup menjadi kucar-kacir.”
Kata Nora yang kini menjadi penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Dengkil, dia juga menyesal kerana tidak sempat melihat anak-anaknya menbesar depan mata sendiri.
Bagaimanapun, semua ahli keluarga serta dua anak perempuannya berusia 17 dan 18 tahun menerimanya dengan hati terbuka.