Isteri Sarat Mengandung Enam Bulan Jadi Tokan Dadah, Ditangkap Tengah ‘High’ Dalam Bilik

Kehidupan

Isteri Sarat Mengandung Enam Bulan Jadi Tokan Dadah, Ditangkap Tengah ‘High’ Dalam Bilik

Sarat hamil enam bulan bukanlah halangan bagi seorang wanita menjadi tokan dadah dan menjalankan kegiatan pengedaran barang terlarang itu bersama suami.

Kegiatan itu terdedah setelah polis menyerbu rumah mereka di Simpang Empat dan menjumpai dadah jenis syabu seberat 39.73 gram(g) pada Isnin lalu.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, pasangan berusia 35 dan 33 tahun itu ditahan pada 12.10 tengah malam dan dipercayai kegiatan tersebut aktif dilakukan sejak Januari lalu.

Difahamkan, kedua-dua pasangan juga sudah lama terlibat dengan penyalahgunaan dadah di mana suspek lelaki mula menagih sejak 2013 dan suspek wanita pada tahun 2018.

Suspek lelaki dikatakan mempunyai 11 rekod jenayah berkait dadah dan pernah ditangkap pada tahun 2014, manakala si isteri mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang juga berkait dengan dadah serta ditangkap pada tahun 2019.

Menurut sumber, semasa serbuan kedua-dua pasangan sedang khayal di dalam bilik dan dadah dijumpai dalam beg berzip di atas katil yang dianggarkan bernilai RM3,972.

Selain itu, suspek juga mempunyai lima orang anak dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab mengesahkan tangkapan tersebut.

Baeyah Abdul Wahab berkata, suspek direman sehingga 11 Jun untuk siasatan dan kes dijatuhkan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

2 years ago

Kes Rebut Hasil Tanaman Jagung, Abang Cedera Parah Ditetak Adik Positif Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...