Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tengking Dan Halau Zarina Zainuddin: Peniaga Lumut Mohon Maaf

Susulan dari insiden pelakon Zarina Zainuddin, 48, ditengking dan dihalau seorang peniaga di Dataran Lumut, Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga Lumut, Ishak Osman, telah meminta maaf melalui laman Facebook Komuniti Seri Manjung FOC pada 3 Januari lepas:

Advertisement

Dengan hati terbuka, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak saya membuatkan segelintir netizen dan pelanggan dia tidak berpuas hati.

Saya juga nak buat penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Kami bertanggungjawab untuk memastikan semua peniaga di kawasan terbabit memiliki kebenaran berniaga daripada pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Tiada niat menghalau dan menengking, tetapi hanya jalankan tugas. Tiada niat nak menjatuhkan dia. Saya percaya rezeki daripada Allah. Kalau ada pihak yang tidak puas hati, boleh berjumpa dengan saya di Lumut. Saya ada setiap hari di sana.

Saya percaya insiden ini sengaja diperbesarkan seolah-olah saya yang bersalah. Namun saya sebagai peniaga kecil yang turut berniaga, tidak berniat nak menutup periuk nasi dia.

Saya memohon maaf sekali. Sebagai manusia saya juga tak lari daripada melakukan kesilapan.

Harian Metro melaporkan, Zarina telahpun memaafkan Ishak dan isterinya berhubung insiden itu.

Saya dah lama maafkan abang itu kerana tahu saya masuk tempat orang. Kebetulan saya balik kampung kerana ada kenduri sepupu dan membawa bersama pulut kuning yang ditempah. Dalam masa sama, saya sebenarnya hendak membeli ikan bilis di kawasan itu.

Kebetulan pelanggan belum sampai, saya tumpang duduk sekejap. Tiba-tiba datang sepasang suami isteri yang berniaga buah, marah-marah suruh angkat pulut.

Tapi ia sudah berlalu dan saya juga sudah maafkan mereka. Saya juga minta maaf kerana datang tanpa diundang ke tempat orang. Maafkan saya sekali lagi. Lain kali saya kena hati-hati.

Bagaimanapun segelintir Netizen Perak menyatakan yang perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan menjadi besar sekiranya Ishak menegur dengan baik. Seorang Netizen menulis:

Apa pun, diharap pihak berkenaan sudah menimba pengajaran dari insiden tersebut. Kalau nak tegur, tegur elok-elok, tak perlu tengking dan halau. Jagalah nama baik negeri sendiri, ya tak?. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. Mak jemah

    January 6, 2018 at 2:17 pm

    Tkde sape yg betul tkde sape yg salah..zarina tk akn kna marah klau tk tunggu kt spot pkcik tu..dn pkcik tu pun tk akn marah klau zarina pi tunggu nk serah pulut kuning jualan dia tu kt tmpt yg lebih sesuai..pkcik dh minta maaf zarina pun dh lama maafkn pkcik tu…haiyo perkaro kocik yo

    • Anonymous

      January 6, 2018 at 3:01 pm

      Bukannya zarina tunggu bebetul depan kedai pakcik tu kan? Aku rasa dia takde sebodoh tu nak buat cenggitu. Lagipun tu tapak niaga pakcik tu je, apa hak dia nak halau zarina keluar terus dari kawasan tu. Yang salah tetap salah. Either kau ni pakcik tu sendiri atau family dia.

    • Anonymous

      January 6, 2018 at 3:10 pm

      Tak kena kat si mak jemah ni boleh la dia cakap macam tu. Cuba kalau dia di tempat Zarina,mesti dia terasa juga walaupun sikit.

    • Anonymous

      January 6, 2018 at 3:07 pm

      Tak da salah apanya mak jemah oi.. Ini soal adab. Pak cik tu boleh je tegur zarina elok-elok dan tak perlu marah-marah walaupun itu tugas dia.

    • soraya adha

      January 6, 2018 at 4:17 pm

      bondo kocik kau kata. memang Nampak kecik, tapi yang nak tekankan kat sini budi bahaso, paham tak. dalam setiap perkara mesti ada yang lebih betul dari yang salah, it can’t never be both are EQUALLY at fault.
      aku tak paham maksud pakcik tu, saya tak berniat nak tengking dan nak marah…apa maksudnya? kau dah tengking dan marah kan? benci aku orang macam ni. dah la marah tak usul periksa, argument bodoh pulak tu

  2. kuali cantek fd

    January 6, 2018 at 1:59 pm

    mak mertua adik pun dah terkena dengan dorg.suruh rasa buah.dah rasa,xbeli dia perli2 pulek.eh kau.mmg mendapatlah sedas kata2 pedas menusuk dikalbunya.

  3. Sambal belacan

    January 6, 2018 at 1:27 pm

    Satu malaysia tau perangai pak cik macam mana. Tu lah lain kali cakaplah dgn org elok2. Budi bahasa kelaut. Ego tinggi pak cik ni tak mau mengaku salah.

  4. Anonymous

    January 6, 2018 at 11:54 am

    Terok btol perangai ko pakcik. Pui.

  5. melati

    January 6, 2018 at 10:10 am

    Peniaga tu sepatutnya Tengking Rahim..!!! ” suruh Rahim blah dr Sepahtu ” ..sian Sepahtu pasal Rahim nanti takut Berkubur Sepahtu….. tu jewww

Loading...
To Top