Written by serenity | January 3rd, 2018

Persaingan dalam perniagaan ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia ialah adat berniaga tetapi jika tidak sukakan persaingan, janganlah bersikap kurang ajar. Lebih menyedihkan, ia dilakukan oleh individu sebangsa dan seagama.
Melalui akaun Instagramnya, pelakon Zarina Zainuddin telah ditengking dan dihalau ketika berniaga pulut dan rendang di Dataran Lumut, Perak oleh seorang peniaga lain yang tidak senang dengan kehadirannya untuk berniaga di situ:

Assalamualaikum

Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana.

Saya baru sampai di sana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn Azil ditepi bucu. Ada tempat duduk di situ. Sementara tengok handphone saya, customer saya dah sampai, nak tahu Kak Ina kat mana.

Sebab tak ada parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.

Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya, suruh angkat pulut saya di situ.

Bagi lah salam bang, tiba-tiba menjerit, saya dahlah dengan Azil tak tentu arah jadinya. Kita ini orang Melayu jangan berdengki sama sendiri.

Awak jual buah, saya jual pulut, jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan.

Awak nak marah pun jangan tengking-tengking orang. Customer saya tengah nak beli pun dia halau. Last-last saya dapat satu parking kereta, isterinya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut?

Kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang-orang yang ada, hari dah malam .

Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut, nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning. Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju. Melayu le tu yea..orang Melayu.

Saya dapat pahala bagi orang makan semalam .. Allhamdulillah

Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus..walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang ..Rezeki Allah bagi

Semoga abang tu dapat membersihkan hatinya .. Arini saya berpuasa semperna hari terakhir tahun ini ..puasa ganti daa..hihihi..

Walaupun tidak menjana keuntungan dan mungkin telah mengalami kerugian, sekurang-kurangnya Zarina telah mendapat pahala menyedekahkan makanan kepada orang ramai.

Betul juga, berniaga pun lain-lain produk, kenapa mesti berdengki dengan orang lain? Masalah orang tidak senang kita berniaga di tempat tertentu ini memang telah lama berlaku dalam masyarakat kita. Kalaupun Zarina tidak sepatutnya berniaga di situ, peniaga tersebut sekurang-kurangnya boleh menegur dengan baik, bukan? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Zarina Zainuddin Ditengking Dan Dihalau Peniaga Biadap

  1. Anonymous says:

    Abang / pakcik buah yg berkenaan- sila malu yer…

    21

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      ini ke sikap malaysian ??? oh tidak tidak tidak memang tkde bahasa laki bini ni..hahaha islam ke laki bini tu ? kalau orang islam tkan prangai macmgitu ? ape la salah kasi orang berniaga kt itu tempat sesama islam..orang islam tapi prangai macm yahudi amcam ? islam ngan islam pon dorang leh buat macm gitu…cakap la baik2..memang laki bini ni tak belajar macmana nak berbudi bahasa ngan orang…orang islam dorang da buat macmgitu ..kalau orang yg bukan islam camana ? nak kena ambek tindakan ke atas laki bini ni kurang hajar ! zarina nak kena buat police report kerana memalu kan nya di depan public..! sabar ye zarina Allah akan membalas dengan ini laki bini…

      4

      2
      • matahari says:

        itulah malaysia, gigih nak pertahankan palestin lah, rohingya lah, bangsa sendiri pun saling membenci. tak pakai tudung benci, tak sama agama benci, dah pakai tudung pun benci, dah sama agama pun benci. patutlah pemimpin yg dipilih pun perangai cam setan,.

        20

        1
      • minah pepel says:

        kadang2 org Islam pon bole lupa beradab bila menaip.. bukan semua Islam tu baik dan bukan semua Yahudi tu jahat.. jgn samakan anutan agama dgn mentaliti dan peribadi org, MJSY..

        5

        0
  2. kakak says:

    huh… melayu mmg tak bleh blah dgn sikap hasad dengki!!

    13

    0
  3. nini says:

    kes yang sama la dgn kak ton goreng pisang dekat sri damansara yang haritu viral..produk lain2 pun dihalaunye..nak dia sorang meniaga di situ..anaknya pulak siap jerit2 ugut nk rogol bagai..huh.orang boikot la sekejap bila tau perangai mcm tu.xlama berderet balik org membeli..tp saya masih boikot.hihi..geram sgt org yg jenis dengki ni.org melayu masih byk mcm tu.tp masih ada yg elok.tak nafikan..

    30

    0
  4. nok gebuzzz says:

    kesianyer…ape nak jadi dgn melayu..dari dulu smpi sama jer,x suke santau la…cerita buruk pd org la.. buat mcm tu bisness boleh maju ke…Allah nak tarik sekejap jer kak…

    8

    0
  5. anonymous says:

    Well, we don’t know what is the other side story

    29

    0
    • Anonymous says:

      Hari tu dia (bukan dia la, tapi mak dia and si ridzokumura tu) up citer zulripin halau anak dia walaupun citer tu dah basi….nah sekarang lihatlah doniaaaaaaaaa…..what you give, you get back :p

      2

      5
      • Zura says:

        tu la..aku rasa kan,,semenjak dua menjak ni asyik up crita ank die n crita cri simpati je..smpai cte2 lama pun bukak blik..dulu2 xde plak mcm ni..tau ank die “special” tapi klau slalu sgt, xjadi nak kesian dah..

        0

        9
  6. Ex-Amnet Forumer says:

    Teringin nak tgk gambo penjual mutan tu

    3

    0
  7. Anonymous says:

    Masalahnya, pacik tu layan ker blog gosip ni? Hihihi

    4

    0
  8. ohyeah.. says:

    ini kes manusia yg tak reti berkomunikasi dgn baik dan sopan.
    tetapi, kita yg nak berniaga perlu selidik dulu kawasan yg kita nk berniaga. mana tau ada syarat tertentu..
    sesetengah org cpt naik angin dan jadi kurang ajar apabila dia rasa ada org lain ‘menceroboh’ kawasan dia.

    14

    0
  9. Mis Sarjit says:

    Melayu skrg byk makan duit haram. Jual tipu. Keje menipu. Dah la lembab buat keje. Makan gaji buta je itu pun kira haram gak. Kalau keje dgn cina tak de la sgt kearah kelembapan. Yg tau nak melawa je. Brother tu sah bibir pun kaler hitam kan…

    6

    3
  10. meetomato says:

    jap, nak tanya kejap…mane bapa anak kembar zarina ni ye? kesian tengok zarina ni kdg2 kene abused oleh azil wpun tak sengaja kan. and melayan karenah azil yang x sabar…where is the father? please be fair …

    7

    3
    • akusukadia says:

      dia kan bini no. 2
      mesti lah segan nak menonjolkan wife no. 1 n suami..bukan orang seni..
      lain la kalau orang lain, dah jadi no. 2 kepoh 1 dunia

      17

      0
    • Anonin says:

      Zarina ada bagitau dlu yg dia memang x nak up2 kan sgt husband dia la.sesekali ada muncul kt ug zarina.tp jarang sgt.

      5

      0
    • wen says:

      itu lah,wpun isteri no 2,suami kena la fair..rasanya suaminya org2 kaya jugak kan.tp kenapa zz kena bersusah payah sgt berniaga sampai mcm ni sekali. kalau sbb minat, xperlu smp mcm ni sekali kot.kalau sbb mmg susah, xkan susah kot.suami kaya.xde nafkah ke.niaga online atau join mana2 karnival ke,carboot sale..camtu dah cukup..tp tu la.kita xtau masalah org apa..kita judge dr apa yg kita tgk..

      7

      0
      • akusukadia says:

        nanti orang sibuk duk cakap bini no. 2 ni duk goyang kaki aje kat rumah…kikis duit laki…
        macam la awak tak tau mulut2 orang ni

        5

        0
  11. Jojo says:

    Biasa lah bila tenguk ada persaingan…terutama bila yang bersaing tu orang yang baru disitu dan wanita pulak…senanglah pakcik tu nak tengking bagai.

    1

    1
  12. sutun kurita says:

    sapa2 yg kenal laki bini yang jual ghambutan tu kem salam kat dia…ckp kat dia ati kasi bersih skit…kut prangai busuk camtu..ghambutan kau belum sempat org beli pon boleh cepat busuk..

    1

    0
  13. haha says:

    Beginilah..sebelum nak bashing ke apa, kena tau story dua2 belah pihak jugak. baca ayat dia ni “Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana.”.

    Jadi, walaupun peniaga tu salah sbb tidak berbudi bahasa, tetapi si Zarina juga bersalah sbb berniaga tanpa kebenaran. Tanpa kebenaran bermaksud tidak membayar sewa tapak ya. Jadi, agak tidak adil di situ disebabkan peniaga lain termasuk peniaga yg kurang ajar tu dah membayar sewa untuk berniaga. Zarina jual mestila guna harga standard bukan? untung berganda. Jadi move on aja.

    18

    0
    • HUHU says:

      agak mahal la reganya. tapi kalo nk rasa, bole la try beli. da try sekali, tu je la sekali hakak beli. huhuhu.. ni semua strategi perniagaan. ko ada nama, kebetulan lak ada ank2 yg mudah disimpati oleh masyarakat, why not? walaupon bukan niat marketingnya gitu.. yang kita perlu ingat, manusia ni kerapkali, menaip lain, luaran lain, niat lain, dan mcm2 lain.. AKHIR ZAMANN..

      9

      0
    • noname says:

      Rasenye dia COD pulut customer kat situ… Bila bace balik artikel, tu yg saya paham lah. Kalau setakat COD apelah salahnya, bukan dia kekal meniaga kat situ pun. Takkan la dia x tau undang2. Maybe kebetulan dia nk ke Lumut, dia pun ambik la order org2 sekitar situ. Wallahualam. Moga baik2lah hendaknya. Kita sesama manusia, sesama Islam terutamanya usahle berdengki, buang jauh2 sikap busuk perut tu… Rezeki bumi Allah ni sama2 kita rasa… peace. =)

      2

      0
      • haha says:

        itu saya cakap, dalam hal ni dua2 ada salah jugak. kalau penjual buah tu tegur baik2, maybe dia akan tau si Zarina ni cuma COD shja. Si Zarina pulak, janganla up2 cerita mcm ni. Simpan sendiri aje. Maybe belah side penjual buah tu pernah ada pengalaman orang main meniaga aje kan? ataupun tempat dia duduk tu kenalan dia punya tempat kan? jadi pendapat saya, isu ni kecik, dalam dia kata dapat pahala sedekah, dengan up post begini memburukkan saudara lain. di baca pulak 1 malaysia.

        3

        0
      • rara says:

        Sama2 jugak kita belajar bahawa COD bermaksud Cash On Delivery. Awak nak maksudkan deliver..guna je ‘deliver’. Kesian org lain yg nk belajar, dia ingatkan COD tu maksud ‘deliver’. Salah sama sekali. Peace

        0

        1
  14. aku says:

    xyah la mentioned sedekahkan pulut tu & dapat pahala…pastu nk bgtau dia puasa sempena tahun baru…alahaiiii…amal ibadat kita biar Allah je yg nilai, x perlu nk war2 kan..& tunjuk baik…statement dia ni, buat aku nk tau gak cerita belah pakcik jual mutan tu..hehe

    7

    0
  15. senjakala says:

    Aku ada pengalaman berniaga bazar ramadhan bila entah siapa brniaga kat lot aku. Aku baru ckp tempat tu lot aku, yg entah siapa ckp lak, ” kami bukan nk gaduh”…..adoi naik terus darah ke kepala. Siapa nk gaduh? Terus hilang sopan aku dan kata balik, ” jap lagi saya dtg awak jgn ada kat sini”….( sambil menjeling). haha….

    2

    0
  16. mak cute says:

    ye ke…dgr sebelah pihak je…pihak lg 1 pakcik jual buah layan ke IG2 & blog nara ni…

    1

    0