Written by serenity | January 5th, 2018

Susulan dari insiden pelakon Zarina Zainuddin, 48, ditengking dan dihalau seorang peniaga di Dataran Lumut, Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga Lumut, Ishak Osman, telah meminta maaf melalui laman Facebook Komuniti Seri Manjung FOC pada 3 Januari lepas:

Dengan hati terbuka, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak saya membuatkan segelintir netizen dan pelanggan dia tidak berpuas hati.

Saya juga nak buat penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Kami bertanggungjawab untuk memastikan semua peniaga di kawasan terbabit memiliki kebenaran berniaga daripada pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Tiada niat menghalau dan menengking, tetapi hanya jalankan tugas. Tiada niat nak menjatuhkan dia. Saya percaya rezeki daripada Allah. Kalau ada pihak yang tidak puas hati, boleh berjumpa dengan saya di Lumut. Saya ada setiap hari di sana.

Saya percaya insiden ini sengaja diperbesarkan seolah-olah saya yang bersalah. Namun saya sebagai peniaga kecil yang turut berniaga, tidak berniat nak menutup periuk nasi dia.

Saya memohon maaf sekali. Sebagai manusia saya juga tak lari daripada melakukan kesilapan.

Harian Metro melaporkan, Zarina telahpun memaafkan Ishak dan isterinya berhubung insiden itu.

Saya dah lama maafkan abang itu kerana tahu saya masuk tempat orang. Kebetulan saya balik kampung kerana ada kenduri sepupu dan membawa bersama pulut kuning yang ditempah. Dalam masa sama, saya sebenarnya hendak membeli ikan bilis di kawasan itu.

Kebetulan pelanggan belum sampai, saya tumpang duduk sekejap. Tiba-tiba datang sepasang suami isteri yang berniaga buah, marah-marah suruh angkat pulut.

Tapi ia sudah berlalu dan saya juga sudah maafkan mereka. Saya juga minta maaf kerana datang tanpa diundang ke tempat orang. Maafkan saya sekali lagi. Lain kali saya kena hati-hati.

Bagaimanapun segelintir Netizen Perak menyatakan yang perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan menjadi besar sekiranya Ishak menegur dengan baik. Seorang Netizen menulis:

Apa pun, diharap pihak berkenaan sudah menimba pengajaran dari insiden tersebut. Kalau nak tegur, tegur elok-elok, tak perlu tengking dan halau. Jagalah nama baik negeri sendiri, ya tak?. – beautifulnara.com

32 responses to Tengking Dan Halau Zarina Zainuddin: Peniaga Lumut Mohon Maaf

  1. Anonymous says:

    Buat macam tempat tu dia yang pegang pulak. Boleh kot pergi tegur baik2. Pantang betul aku orang yang terlebih sudu dari kuah ni

    29

    0
    • khan says:

      biasa la meleis….macam tak biasa pulak. baru niaga buah. kalau niaga kereta, pijak taik pun tak sedar.

      9

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      senang nye orang mlayu malaysian mintak maaf…dh marah dh tengking pastu mintak maaf senang nye..kalau kena ngan minah jambuuuuuu minah jambu akan ambek tindakan pasal bikin malu di depan public huh !

      6

      0
      • minah jambu say NO to drugs says:

        saman malu huh !

        0

        0
      • Anonymous says:

        Biasalah tu. Orang tak percaya rezeki Tuhan bagi. Kalau percaya pasti dia akan laporkan pasal zarina kat pihak bertanggungjawab. Tak perlu halau macam indon bangla nk rampas hak pulak.

        0

        0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      bodoh punye mlayu laki bini ma cm siamang prangai ! jangan prangai kampong sangat lah huh !

      1

      0
  2. Jojo says:

    Memang lah sebagai peniaga dia akan rasa tergugat bila tenguk ‘orang luar’ datang buat bisnes kat tapak diorang. Ada ramai peniaga macam tu – perasaan ‘tak senang hati’ memang tak boleh dibendung – walaupun tahu rezeki itu ditangan Tuhan. Tapi cara dia menegur tu yang salah.
    Lepas ni kenalah explain kenapa dia di sana serta tanya dan check dulu pada sape2 yang in-charge cara sebetulnya kalau masuk ‘tempat orang’…jangan ada salah faham lagi. OK bye.

    11

    0
  3. Noni says:

    X miskin kut klu org lain gak berniaga..bkn bahan sama pun…takut peniaga cmni…teruk sgt..

    14

    0
    • Anonymous says:

      Ya ..mentaliti rakyat Malaysia,,,umpama kalau orang luar di mana mana pasti akan berlaku perkara seperti ini…

      1

      0
  4. Anonymous says:

    Dalam maaf pun still nak kata dia tak bersalah. Lol! Semua orang tau la zarina ni jenis yang tak besarkan benda kecik and kalau betul dia salah memang dia akan mintak maaf. Kalau peniaga buah tu tegur elok elok, takkannya zarina post dekat ig macam tu. Tegur cara baik la derrr. Adab mana?

    35

    0
  5. Anonymous says:

    kesian zarina ni.. pelanggan yg tempah pulut nk jupe & collect kt situ.. udah peniaga buah ingat dia nk berniaga kt situ.. perangai buruk sangka abis pastu tak reti sound elok2

    23

    0
    • lol sgt says:

      Itulah..nk tergelak aku ngn perangai pakcik ni..die x phm bisnes terkini..x phm COD tu pebenda..klu zarina nk mniaga kt situ msti la dh angkut skali kerusi meja ltk kt situ..ni die kate g situ smbil nk bli brg, hntr tmpahan skali.. pakcik2, dh viral bru nk mintak maaf ..mungkin ni satu teguran drpd terus brperangai samseng..

      26

      0
      • annone says:

        Btl tu. Ramai x paham COD tu means cash on delivery. Nak ckp ‘deliver’, tp pegi ckp ‘cash on delivery’ . Adoi la..2 benda yg berbeza

        5

        0
      • Anonymous says:

        Aku pnh tanya org boleh COD x. Dia jawab boleh. Tapi kena bank in rm50 dulu. Selebihnya masa jumpa. Dh x COD la gitu.

        0

        0
  6. I'm RockStar says:

    Tabah akak nie !! Semoga murah rezeki Kak :)

    2

    0
  7. tgu viral bru nak minta maaf. Dah sikap awak tu mmg dengki tak tau berbudi bahasa. Malu wey!! Boleh je cakap elok2.. yg awak g tengking tu sbb apa? shallow minded pyao rg!

    15

    0
  8. megan says:

    tgu viral bru nak minta maaf. Dah sikap awak tu mmg dengki tak tau berbudi bahasa. Malu wey!! Boleh je cakap elok2.. yg awak g tengking tu sbb apa? shallow minded pyao rg!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Pengajaran tu pck ye…sila amik ikhtibar pasni kena ati2 tau pck…k bye

    2

    0
  10. Tengku Fariz says:

    Tak yakin dengan rezeki allah s.w.t

    1

    0
  11. melati says:

    Peniaga tu sepatutnya Tengking Rahim..!!! ” suruh Rahim blah dr Sepahtu ” ..sian Sepahtu pasal Rahim nanti takut Berkubur Sepahtu….. tu jewww

    4

    0
  12. Anonymous says:

    Terok btol perangai ko pakcik. Pui.

    0

    0
  13. Sambal belacan says:

    Satu malaysia tau perangai pak cik macam mana. Tu lah lain kali cakaplah dgn org elok2. Budi bahasa kelaut. Ego tinggi pak cik ni tak mau mengaku salah.

    4

    0
  14. kuali cantek fd says:

    mak mertua adik pun dah terkena dengan dorg.suruh rasa buah.dah rasa,xbeli dia perli2 pulek.eh kau.mmg mendapatlah sedas kata2 pedas menusuk dikalbunya.

    6

    0
  15. Mak jemah says:

    Tkde sape yg betul tkde sape yg salah..zarina tk akn kna marah klau tk tunggu kt spot pkcik tu..dn pkcik tu pun tk akn marah klau zarina pi tunggu nk serah pulut kuning jualan dia tu kt tmpt yg lebih sesuai..pkcik dh minta maaf zarina pun dh lama maafkn pkcik tu…haiyo perkaro kocik yo

    0

    17
    • Anonymous says:

      Bukannya zarina tunggu bebetul depan kedai pakcik tu kan? Aku rasa dia takde sebodoh tu nak buat cenggitu. Lagipun tu tapak niaga pakcik tu je, apa hak dia nak halau zarina keluar terus dari kawasan tu. Yang salah tetap salah. Either kau ni pakcik tu sendiri atau family dia.

      14

      0
      • Anonymous says:

        Tak kena kat si mak jemah ni boleh la dia cakap macam tu. Cuba kalau dia di tempat Zarina,mesti dia terasa juga walaupun sikit.

        2

        0
    • Anonymous says:

      Tak da salah apanya mak jemah oi.. Ini soal adab. Pak cik tu boleh je tegur zarina elok-elok dan tak perlu marah-marah walaupun itu tugas dia.

      2

      0
    • soraya adha says:

      bondo kocik kau kata. memang Nampak kecik, tapi yang nak tekankan kat sini budi bahaso, paham tak. dalam setiap perkara mesti ada yang lebih betul dari yang salah, it can’t never be both are EQUALLY at fault.
      aku tak paham maksud pakcik tu, saya tak berniat nak tengking dan nak marah…apa maksudnya? kau dah tengking dan marah kan? benci aku orang macam ni. dah la marah tak usul periksa, argument bodoh pulak tu

      9

      0
  16. Anonymous says:

    Nak jalankan tugas pun elok2 lah bukan terus menengking. otak mana otak?

    0

    0
  17. x says:

    point nyer adslah TEGUR ELOK2… apa… kn byr ke kalau buat mcm tu? da tua xde adab. dah viral br tengadah

    1

    0
  18. Damien thomas says:

    SEBAB ITU ADA PERUMPAMAAN DLM KAUM Iban sarawak…sedangkan anjing kucing datang singgah di rumah..di beri makan..tetamu lalu dtg di ruai…kita pelawa duduk
    Siap bentang tikar…tapak sirih rokok
    Sementara tubggu air masak buat air…at least ada minum kopi ke teh…
    Sebab..tetamu..kita tak kenal ..kita beri layanan baik…sebab bya.ltetamu nukan saja dtg TETAMU..nyata.,tetapi ada rezeki yang kita tak nampak ikut belakang.
    Ingat orang iban selalu sebut….ANJING KUCING pun di beri makan kalau singgah rumah orang iban
    Budi bahasa budaya kami iban.,.

    9

    0
  19. Tk says:

    Ok dah minta maaf pun. So kes ni kira dah settle la. Chop kejap. Aku nk tanya ASTRO dah banyak program tour ke luar negara. so perlu ke ada program tunjuk retis dan famili bercuti watever KATION? Simpan jer video tu untuk tatapan family or fan club retis tu saja. ASTRO ni dah tak ada modal. bnyk sangat retis reality show. Next pasal retis tunggu nk beranak tu. realiti prog anak dia pulak? Enough la. Buat la prog yg bermanafaat.

    8

    1

Leave a Comment

Optional