Sedia maklum, kes kemalangan melibatkan basikal lajak sudah sering kali berlaku dan biarpun sudah banyak kes yang berlaku, masih tetap ada budak-budak yang tak serik menunggangnya.
Seperti satu video yang tular di platform Twitter baru-baru ini, video terbabit memaparkan sekumpulan budak menaiki basikal lajak di tepi jalan besar yang dilalui oleh kereta.
Kerana merasakan apa yang dilakukan oleh sekumpulan budak itu membahayakan diri, si perakam telah menegur mereka dan ia di balas semula oleh salah seorang budak yang menaiki basikal lajak itu.
“Dik buat apa tu? “Racing” pic.twitter.com/G7FkOu5NNh
— keem (@AkeemSharyzal) July 18, 2022
Budak terbabit membalas bahawa mereka sedang berlumba dengan menggunakan basikal lajak yang dinaiki.
Kebanyakkan netizen merasakan jika sudah berlaku kemalangan, ia akan menyusahkan pemandu kereta berkenaan untuk naik turun mahkamah sedangkan bukan salah pemandu itu.
Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata meluahkan rasa ‘geram’ dengan cara pembalasan budak berkenaan seperti tidak mengambil kisah tentang keselamantan diri.
Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang memberikan cadangan agar kerajaan menyediakan litar untuk pengguna basikal lajak ini supaya mereka dapat mengasah bakat ditempat yang betul dan lebih selamat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.