“Dah Buat Hubungan Intim Beberapa Kali” – Penceramah Bebas Popular Ditahan, Didakwa Rogol Remaja Bawah Umur

Berita

“Dah Buat Hubungan Intim Beberapa Kali” – Penceramah Bebas Popular Ditahan, Didakwa Rogol Remaja Bawah Umur

Seorang penceramah bebas berusia 30-an dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa merogol remaja perempuan bawah umur.

Menurut Harian Metro, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang hari ini dan akan direman selama 5 hari sehingga 23 Julai bagi membantu siasatan.

Advertisement

Kebenaran reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dapat dijalankan.”

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian berkenaan daripada mangsa berusia 14 tahun itu pada 11.15 malam pada 16 Julai.

Hasil siasatan mendapati mangsa mula berkenalan dengan suspek pada Mei tahun lepas dan sejak dari itu mereka berdua telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza.

Empat kertas siasatan telah dibuka setakat ini iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan pengadu yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Serangan seksual
2 years ago

Penceramah Bebas Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang S*ksual Terhadap Anak Rakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...