“Tengah Kerja La Tu..” – Pakai ‘Skirt’ Terlalu Pendek, Netizen Perli Sabronzo

Hiburan

“Tengah Kerja La Tu..” – Pakai ‘Skirt’ Terlalu Pendek, Netizen Perli Sabronzo

Jika sebelum ini dikecam ketika membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender kerana berpakaian terlalu seksi, kali ini ahli kumpulan Dolla, Sabronzo sekali lagi menarik perhatian warganet apabila memuat naik satu video TikTok di akaun miliknya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli menari bersama-sama Angel yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Dolla.

Advertisement

Walau bagaimanapun, apa yang mendapat perhatian adalah ‘skirt’ pendek yang dipakai oleh Sabronzo membuatkan warganet berasa kurang senang dengan pakaian berkenaan.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah memerli Sabronzo dengan menggunakan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi itu berikutan isu sebelum ini.

Terdahulu, Sabronzo pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan mereka ‘terlepas pandang’ berkaitan isu baju dan hanya fokus pada persembahan.

Imej seksi kumpulan Dolla turut dibandingkan dengan penampilan penyanyi dari Korea Selatan Lee Chae-rin (CL) yang dianggap lebih sopan ketika melakukan persembahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Azab Ingat La Wei" - (VIDEO) Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Pula Lagi Sopan Pakai Jaket Labuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...