“Azab Ingat La Wei” – (VIDEO) Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Pula Lagi Sopan Pakai Jaket Labuh

Hiburan

“Azab Ingat La Wei” – (VIDEO) Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Pula Lagi Sopan Pakai Jaket Labuh

Penampilan kumpulan Dolla yang dianggotai empat wanita dikritik oleh netizen selepas dikatakan berpakaian menjolok mata ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender, hujung minggu lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ehmalaysia, ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya memakai persalinan yang berbeza namun menampakkan beberapa bahagian anggota badan mereka.

Advertisement

Persembahan mereka mendapat sambutan di festival muzik itu di mana mereka berempat menari lincah di depan ratusan penonton yang hadir.

Bagaimanapun, sesetengah netizen yang menonton video tersebut di TikTok mengkritik pemakaian mereka yang dikatakan agak seksi.

Malah, ada segelintir daripada mereka yang membandingkan gaya Dolla yang seksi itu dengan CL, penyanyi kumpulan 2NE1 dari Korea Selatan yang turut membuat persembahan di acara itu.

CL atau Lee Chae-rin membuat persembahan dengan menggayakan jaket berwarna hitam membuatkan netizen menyindir Dolla kerana lebih seksi daripadanya.

Apatah lagi, CL ketika itu ada berseloroh dengan penonton bahawa dia ingin menanggalkan jaket yang dipakainya itu namun tidak mahu mencetuskan masalah di Kuala Lumpur.

Ini bukanlah kali pertama nama Dolla menjadi bualan netizen, sebelum ini ahli kumpulan mereka, Sabronzo pernah dikecam kerana dikatakan agar keterlaluan selepas dia menari gaya ‘twerk’.

6 bulan lalu

"Melampau Dah Ni"- Ahli Dolla, Sabronzo Dikritik Netizen Sebab Menari Gaya 'Twerk'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 28, 2022 at 10:08 am

    yang PU ni sibuk tak bagi artis luar negara datang malaysia sebab takut bala, budaya tak sihat berkembang. kau tengok orang islam malaysia sendiri pakai seksi. tak malu ke dengan artis luar? billie eilish pun pakai sopan dari dolla ni. kata negara islam. patut pun malaysia di cop negara paling racist sebab penunggang agama yang tak bagi buat concert la. SHAME!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...