Tengah Fokus Tonton ‘Live’ Perlawanan Bola, Sekali Nampak ‘GF’ Kantoi Duduk Atas Riba Lelaki Lain

Trending

Tengah Fokus Tonton ‘Live’ Perlawanan Bola, Sekali Nampak ‘GF’ Kantoi Duduk Atas Riba Lelaki Lain

Bayangkan korang tengah tonton rancangan secara langsung di televisyen, tiba-tiba ternampak pula seseorang yang dikenali sedang melakukan sesuatu yang mengecewakan.

Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda bernama Ferdinand dari Indonesia ini ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak antara dua pasukan menerusi siaran langsung di TV.

Advertisement

Pada mulanya Ferdinand menonton perlawanan itu dengan bersemangat dan begitu fokus. Namun alangkah terkejutnya apabila kamera kemudian zoom pada seorang wanita di tempat duduk penonton di stadium pada minit ke-70.

Ketika itulah dia perasan bahawa wanita terbabit merupakan kekasihnya dan lebih menyedihkan apabila dia sedang bermesra dan duduk di atas riba lelaki lain.

Ferdinand kemudian berkongsikan kisah itu di media sosial di mana dia berterima kasih kepada page di Facebook kerana merakamkan aksi perlawanan itu.

Disebabkan pertandingan dan siaran langsung petang tadi, saya dapat tahu bahawa kekasih saya sedang menonton Persik (team bola) bersama lelaki lain.”

Ramai yang bersimpati dengan Ferdinand dan mengecam tindakan wanita itu kerana curang terhadap teman lelaki.

Ada yang turut berasa terhibur dengan situasi wanita tersebut kerana kantoi curang menerusi siaran langsung di televisyen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita mengamuk suami kantoi curang
4 bulan lalu

Kantoi Curang Dengan Gadis PUBG, Netizen Tak 'Support' Isteri Nak Serang 'Penyondol'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...