Kantoi Curang Dengan Gadis PUBG, Netizen Tak ‘Support’ Isteri Nak Serang ‘Penyondol’?

Kehidupan

Kantoi Curang Dengan Gadis PUBG, Netizen Tak ‘Support’ Isteri Nak Serang ‘Penyondol’?

Kehidupan sebagai pasangan suami isteri itu bukanlah mudah kerana pelbagai dugaan serta ujian yang perlu dihadapi dan tidak semua pasangan mampu untuk menanggung dugaan berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar pelbagai punca runtuhnya rumah tangga seseorang, seperti seorang wanita ini sudah hilang sabar dengan suaminya setelah suami kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain yang ditemui melalui permainan PUBG.

Advertisement

Melalui perkongsiaan video wanita itu sendiri, dirinya sememangnya kelihatan marah hingga ‘memukul’ dan menghempas televisyen berulang kali.

wanita mengamui suami kantoi curang

Difahamkan dari ruangan komen, wanita itu memberitahu ‘orang ketiga’ yang dikenali suaminya di dalam permainan video PUBG itu telah mengikis duit suami.

Oleh kerana itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berasa sangat marah kerana si suami masih lagi mahu ‘memasang dua’ sedangkan diri sendiri tidak berduit.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata berasa kurang senang melihat wanita itu mengambil tindakan untuk menghempas televisyen terbabit dan merasakan dia tidak perlu ‘menyerang’ gadis PUBG itu kerana yang ‘membuka jalan’ adalah suaminya sendiri.

Sedar banyak pandangan daripada warganet, wanita itu langsung tidak peduli jika ramai yang mengetahui masalah rumah tangganya ini dan hanya mahu mencari gadis ‘gatal’ itu hingga dapat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

nora danish makan di restoran Gordon Ramsay
5 bulan lalu

"Bila Kekayaan Mengaburi Mata, Tak Tahu Halal Haram" - Ramai Pertikai Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...